Anak kelahiran Bruas, Perak ini pernah menjadi tukang masak di beberapa hotel terkemuka di Malaysia dan pernah berkhidmat di Istana Darul Iman serta Darul Izzah Brunei Darussalam.
Finalis program realiti masakan 'Maggi Mencari Bintang' di TV 3 ini pernah menerima pingat dalam beberapa siri pertandingan masakan di dalam dan luar negara. Terbaru beliau memenangi pingat emas dalam Pertandingan Inovasi di Brussel, Belgium. Beliau turut dipanggil untuk menjadi chef jemputan dan pengadil pertandingan memasak di seluruh Malaysia.
Buku Hidangan Lengkap Sehari ini merangkumi hidangan dari sarapan pagi hingga makan malam. Setiap resipi dalam buku ini diasingkan mengikut kesesuaian hari. Pembaca disarankan mendapatkan kesemua buku dalam siri ini bagi memberi idea menghasilkan masakan mengikut hari dari hari sibuk hingga hari santai.
Sekiranya anda tercari-cari apa yang mahu dimasak pada hari Selasa, milikilah buku istimewa ini!