Kisah Singapura: Memoirs of Lee Kuan Yew

· Marshall Cavendish International Asia Pte Ltd
電子書
861
頁數

關於這本電子書

Kisah Singapura ialah jilid pertama memoir Lee Kuan Yew, orang yang meletakkan negara pulau ini dengan kukuh di atas peta dunia. Begitu terperinci, Lee mengingat kembali perjuangan menentang penjajah, komunis dan golongan perkauman, yang membawa kepada kemerdekaan Singapura.Dengan kemahiran politiknya beliau menghadapi pihak lawan, kadangkala mendapatkan bantuan mereka, kadangkala menentang mereka, semuanya bagi kepentingan Singapura. Kita dapat mengikuti bagaimana beliau memimpin kesatuan sekerja yang mogok menentang pemerintah penjajah, bagaimana dengan minum teh dan bermain golf beliau menjalin hubungan dengan tokoh-tokoh penting di Britain dan Malaya, mengenai pertemuan rahsia tengah malam di bilik yang samar-samar, minum bir hangat dengan pemimpin bawah tanah komunis, mengenai perikatan beliau dengan komunis bagi meraih sokongan masyarakat berpendidikan Cina. Anda akan mendapat ilham melalui keazamannya sedang beliau berjuang untuk memenangi hati dan fikiran rakyat menentang komunis dan kemudian golongan perkauman — di parlimen, jalan-jalan raya dan menerusi media. Beliau juga mengongsi pandangan mengenai orang-orang yang berpengaruh besar ketika itu, termasuk Goh Keng Swee, S. Rajaratnam, Toh Chin Chye, Hon Sui Sen, Lim Kim San, Devan Nair, Lim Chin Siong, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Dr Ismail Abdul Rahman, Syed Ja’afar Albar, Perdana Menteri Britain Harold Macmillan dan Harold Wilson dan pemimpin-pemimpin utama lain British, Nehru dari India, Nasser bagi Mesir dan Robert Menzies dari Australia. Segala pengalaman ini dan urusannya dengan para pemimpin politik membentuk pandangan dan dasar-dasar beliau, yang kelak mempunyai kesan besar ke atas Singapura dan rantau ini

關於作者

Lee Kuan Yew dilahirkan di Singapura pada 16 September 1923, generasi ketiga keturunan pendatang dari wilayah Guangdong, China. Beliau belajar undang-undang di Universiti Cambridge, England. Dalam tahun 1954, beliau menubuhkan Parti Tindakan Rakyat. Lima tahun kemudian, partinya menang dalam pilihanraya umum Singapura dan beliau menjadi perdana menteri pada usia 35 tahun. Dalam bulan November 1990 beliau memegang jawatan sebagai menteri kanan. Encik Lee meninggal dunia pada 23 March 2015. 

為這本電子書評分

請分享你的寶貴意見。

閱讀資訊

智能手機和平板電腦
請安裝 Android 版iPad/iPhone 版「Google Play 圖書」應用程式。這個應用程式會自動與你的帳戶保持同步,讓你隨時隨地上網或離線閱讀。
手提電腦和電腦
你可以使用電腦的網絡瀏覽器聆聽在 Google Play 上購買的有聲書。
電子書閱讀器及其他裝置
如要在 Kobo 等電子墨水裝置上閱覽書籍,你需要下載檔案並傳輸到你的裝置。請按照說明中心的詳細指示,將檔案傳輸到支援的電子書閱讀器。