Seminar dan konferens adalah salah satu saluran ilmu yang penting. Setiap organisasi sama ada badan berkanun, swasta ataupun institusi pendidikan sentiasa menganjurkan seminar ataupun konferens bagi memastikan peserta mendapat input yang bermanfaat.
Mengurus Seminar dan Konferens adalah hasil kajian Samsudin Wahab mengenai seminar dan konferens yang terbukti efektif. Anda akan mengetahui:
Cara mengendalikan seminar dan konferens yang dinamik dan efektif.Peruntukan belanjawan bagi menganjurkan sesebuah seminar ataupun konferens.Perancangan dalam memilih tarikh, masa dan lokasi program. Promosi terbaik bagi menarik kehadiran peserta. Aspek keselamatan semasa program. Penilaian kualiti ataupun matlamat program.