Panduan Puasa A-Z

· PTS Publishing House Sdn. Bhd.
電子書
107
頁數

關於這本電子書

“Sesiapa yang berpuasa satu hari, Allah s.w.t. akan menjauhkannya daripada api neraka sejauh 70 musim.”

(Hadith direkodkan oleh Al-Bukhari dan Muslim)

Ibadah puasa adalah satu-satunya ibadah yang tidak dapat diperlihatkan dengan zahir. Perlaksanaannya melibatkan niat dan kejujuran Muslim itu sendiri.

Walaupun ia kelihatan mudah, beberapa peraturan dan syarat mengikatnya sebagai pemelihara kemuliaan ibadah puasa. Keagungan ibadah puasa begitu tinggi sehingga dinamakan sebuah syurga khusus buat mereka yang gemar berpuasa dan puasanya diterima, syurga ar-Rayyan.

Selain itu, ibadah puasa juga menyajikan ganjaran dalam pelbagai aspek lagi seperti kesihatan dan kecergasan. Langkah demi langkah berpuasa dituliskan dalam buku ini sebagai panduan teratur buat semua yang mahu melaksanakan ibadah puasa, sama ada puasa sunat ataupun puasa wajib. Semoga puasa kita diterima Allah.

關於作者

Fahrur Muis lahir pada 14 Mei 1981 di Jepara, Jawa Tengah, Indonesia. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Dasar SD N 1 Sinanggul, Mlonggo, Jepara (1994), Sekolah Tsanawiyah dan Aliyah Maahid Kudus (1997 dan 2000), Sekolah Abu Bakar As-Siddiq Surakarta (2002), Lembaga Bahasa Arab dan Pengajian Islam Al-Imarat, Bandung (2003), serta meraih gelaran sarjana dalam pendidikan Islam dengan cum laude daripada Universiti Muhammadiyah Surakarta (2006).Antara karya beliau adalah Bahagia Saat Sakit (Pustaka Iltizam, 2007), Nama Terindah untuk Anakku (Pustaka Ad-Da’wah, 2007), Agar Solat Tak Sia-Sia (Pustaka Iltizam, 2007), Sedekah Tanpa Uang (Aqwam, 2007), Rajin Solat Badan Sehat (Aqwam, 2007), Syarah Hadits Arbain An-Nawawi (MQS Publising, 2009), Berubat dengan Solat (PTS Islamika, 2009), dan Solat A-Z (Aqwam, 2009). Suntingan dan karya terjemahan beliau sudah melebihi 50 buah buku dan diterbitkan oleh pelbagai syarikat penerbitan.Sumbangan idea, nasihat dan cadangan boleh disampaikan kepada beliau melalui emel  fahrurmuis@gmail.com , blog www.fahrurmuis.blogspot.com, ataupun melalui editor beliau di talian 081 329 310 175.

為這本電子書評分

請分享你的寶貴意見。

閱讀資訊

智能手機和平板電腦
請安裝 Android 版iPad/iPhone 版「Google Play 圖書」應用程式。這個應用程式會自動與你的帳戶保持同步,讓你隨時隨地上網或離線閱讀。
手提電腦和電腦
你可以使用電腦的網絡瀏覽器聆聽在 Google Play 上購買的有聲書。
電子書閱讀器及其他裝置
如要在 Kobo 等電子墨水裝置上閱覽書籍,你需要下載檔案並傳輸到你的裝置。請按照說明中心的詳細指示,將檔案傳輸到支援的電子書閱讀器。