Selamat Tinggal Purnama (1): Strain Pertama

· Purnama Book 1 · Iman Publication Sdn Bhd
4.9
385 reviews
Ebook
311
Pages

About this ebook

Kisah seorang artis terkenal. Hidup pada zaman manusia terpaksa mengumpul 'kredit' yang cukup sebagai bukti bahawa mereka berhak untutk kekal hidup di muka bumi. Mereka yang gagal mencapai tahap kredit minima, akan ditarik nyawa.


Artis terkenal itu ada segalanya - wajah, suara, personaliti dan pencapaian yang belum pernah dikecapi mana-mana rakyat Nusaraya sebelum ini. Popularitinya melebar ke serantau negara. 


Sehinggalah ada pihak yang membangkitkan gosip bahawa ada 'artis terkenal' yang membina persona palsu untuk menipu masyarakat semata-mata demi kelangsungan kerjayanya. Malah, suaranya juga dikatakan palsu.


Hidupnya berubah dari saat itu.


***


Chester Bennington, Sulli, Avicii, Goo Hara, Robin Williams, Kim Jonghyun, Marilyn Monroe dan Kurt Cobain. Kesemua selebriti terkenal ini ada satu persamaan: Pengakhiran hidup yang tragis iaitu bunuh diri. 


“Such a waste of talent, achievements, popularity, and even wealth,” bisik hati aku.


Namun, aku tidak membuat konklusi. Aku cuba menyelami kehidupan mereka. Aku cuba fahami apa yang mereka lalui. Aku cuba melihat mental illness dari sudut yang berbeza; bukan semata-mata depresi. Lalu tanggapan aku berubah sepenuhnya. Maka, lahirlah buku ini. - Teme Abdullah

Ratings and reviews

4.9
385 reviews
firdaus
April 26, 2020
banyak sangat nilai yang boleh dipelajari. daripada sikap keegoan seorang manusia sehinggalah ke kesetiaan seorang isteri dan sahabat dan seterusnya ketabahan yang sangat hebat daripada seorang artis yang terkenal di seantero marcapada. Jalan penceritaan yang sungguh teliti dan spesifik. Skop penceritaan sangat bagus. Ini antara novel kegemaran saya. Jika ianya kegemaran saya, saya yakin untuk orang lain di luar sana juga tidak kurang kegemarannya. Enjoy it!
2 people found this review helpful
Did you find this helpful?
Aida Noor
May 10, 2020
tak cliche dan jalan cerita menarik. plot was a bit slow masa awal2 cerita sbb fasa pengenalan karakter-karakter but makin menarik towards the end. so far so good. teme tak pernah mengecewakan.
4 people found this review helpful
Did you find this helpful?
kim Aira
April 26, 2020
Another amazing and unbelievable arts from teme abdullah. Very interesting, the biggest plot twist ever. Now i am very glad that i bought strain kedua also. If i didn't buy it, i may be spending my ramadhan in sorrow because i am terribly curios to what happen next. I am totally happy to buy this book, the best purchase ever! I have saved my money for so longg to buy teme's books. And it was totally worth it. Thank you teme for the amazing work❤️
6 people found this review helpful
Did you find this helpful?

About the author

Siapa Teme Abdullah?



Dilahirkan di Selangor, membesar di Selangor, dan menamatkan pengajian menengah di sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) yang juga di Selangor. Usai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), penulis mendapat tajaan biasiswa penuh ke peringkat A-level lalu menyambung pelajaran peringkat tinggi di United Kingdom dalam jurusan Ijazah Serjana Muda Seni Bina.


Teme menggunakan nama samaran yang diberikan oleh rakan-rakannya ketika di peringkat pengajian menengah sebagai nama penanya sehingga ke hari ini. Nama Abdullah pula ditambah sendiri oleh penulis di belakang nama Teme sejak pertama kali menulis buku pada tahun 2016. Cara sebutan Teme adalah sama dengan cara sebutan perkataan 'teman' dalam loghat Kelantan. 'Teman' pula boleh digunakan sebagai kata ganti nama diri pertama yang membawa maksud 'saya'. Jadi, secara ringkasnya, gabungan Teme & Abdullah membawa maksud 'saya hanyalah hamba Allah'.


Walaupun mengalami sedikit kekangan di peringat A-level, penulis berjaya menamatkan pengajian peringkat ijazah tidak lewat daripada masa yang ditetapkan. Selepas menamatkan ijazah, penulis telah mendapat tawaran bekerja di sebuah firma seni bina di London lalu bekerja di syarikat berkenaan.


Rate this ebook

Tell us what you think.

Reading information

Smartphones and tablets
Install the Google Play Books app for Android and iPad/iPhone. It syncs automatically with your account and allows you to read online or offline wherever you are.
Laptops and computers
You can listen to audiobooks purchased on Google Play using your computer's web browser.
eReaders and other devices
To read on e-ink devices like Kobo eReaders, you'll need to download a file and transfer it to your device. Follow the detailed Help Center instructions to transfer the files to supported eReaders.