Selamat Tinggal Purnama (1): Strain Pertama

· Purnama Книга 1 · Iman Publication Sdn Bhd
4,9
385 Ρ€Π΅Ρ†Π΅Π½Π·ΠΈΠΈ
Π•-ΠΊΠ½ΠΈΠ³Π°
311
Π‘Ρ‚Ρ€Π°Π½ΠΈΡ†ΠΈ

Π—Π° Π΅-ΠΊΠ½ΠΈΠ³Π°Π²Π°

Kisah seorang artis terkenal. Hidup pada zaman manusia terpaksa mengumpul 'kredit' yang cukup sebagai bukti bahawa mereka berhak untutk kekal hidup di muka bumi. Mereka yang gagal mencapai tahap kredit minima, akan ditarik nyawa.


Artis terkenal itu ada segalanya - wajah, suara, personaliti dan pencapaian yang belum pernah dikecapi mana-mana rakyat Nusaraya sebelum ini. Popularitinya melebar ke serantau negara.Β 


Sehinggalah ada pihak yang membangkitkan gosip bahawa ada 'artis terkenal' yang membina persona palsu untuk menipu masyarakat semata-mata demi kelangsungan kerjayanya. Malah, suaranya juga dikatakan palsu.


Hidupnya berubah dari saat itu.


***


Chester Bennington, Sulli, Avicii, Goo Hara, Robin Williams, Kim Jonghyun, Marilyn Monroe dan Kurt Cobain. Kesemua selebriti terkenal ini ada satu persamaan: Pengakhiran hidup yang tragis iaitu bunuh diri.Β 


β€œSuch a waste of talent, achievements, popularity, and even wealth,” bisik hati aku.


Namun, aku tidak membuat konklusi. Aku cuba menyelami kehidupan mereka. Aku cuba fahami apa yang mereka lalui. Aku cuba melihat mental illness dari sudut yang berbeza; bukan semata-mata depresi. Lalu tanggapan aku berubah sepenuhnya. Maka, lahirlah buku ini. - Teme Abdullah

ΠžΡ†Π΅Π½ΠΈ ΠΈ Ρ€Π΅Ρ†Π΅Π½Π·ΠΈΠΈ

4,9
385 Ρ€Π΅Ρ†Π΅Π½Π·ΠΈΠΈ

Π—Π° Π°Π²Ρ‚ΠΎΡ€ΠΎΡ‚

Siapa Teme Abdullah?



Dilahirkan di Selangor, membesar di Selangor, dan menamatkan pengajian menengah di sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) yang juga di Selangor. Usai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), penulis mendapat tajaan biasiswa penuh ke peringkat A-level lalu menyambung pelajaran peringkat tinggi di United Kingdom dalam jurusanΒ Ijazah Serjana Muda Seni Bina.


Teme menggunakan nama samaran yang diberikan oleh rakan-rakannya ketika di peringkat pengajian menengah sebagai nama penanya sehingga ke hari ini. Nama Abdullah pula ditambah sendiri oleh penulis di belakang nama Teme sejak pertama kali menulis buku pada tahun 2016. Cara sebutan Teme adalah sama dengan cara sebutan perkataan 'teman' dalam loghat Kelantan. 'Teman' pula boleh digunakan sebagai kata ganti nama diri pertama yang membawa maksud 'saya'.Β Jadi, secara ringkasnya, gabungan Teme & Abdullah membawa maksud 'saya hanyalah hamba Allah'.


Walaupun mengalami sedikit kekangan di peringat A-level, penulis berjaya menamatkan pengajian peringkat ijazah tidak lewat daripada masa yang ditetapkan. Selepas menamatkan ijazah, penulis telah mendapat tawaran bekerja di sebuah firma seni bina di London lalu bekerja di syarikat berkenaan.


ΠžΡ†Π΅Π½Π΅Ρ‚Π΅ ја Π΅-ΠΊΠ½ΠΈΠ³Π°Π²Π°

ΠšΠ°ΠΆΠ΅Ρ‚Π΅ Π½ΠΈ ΡˆΡ‚ΠΎ мислитС.

Π˜Π½Ρ„ΠΎΡ€ΠΌΠ°Ρ†ΠΈΠΈ Π·Π° Ρ‡ΠΈΡ‚Π°ΡšΠ΅

ΠŸΠ°ΠΌΠ΅Ρ‚Π½ΠΈ Ρ‚Π΅Π»Π΅Ρ„ΠΎΠ½ΠΈ ΠΈ Ρ‚Π°Π±Π»Π΅Ρ‚ΠΈ
Π˜Π½ΡΡ‚Π°Π»ΠΈΡ€Π°Ρ˜Ρ‚Π΅ ја Π°ΠΏΠ»ΠΈΠΊΠ°Ρ†ΠΈΡ˜Π°Ρ‚Π° Google Play Books Π·Π° Android ΠΈ iPad/iPhone. Автоматски сС синхронизира со смСтката ΠΈ Π²ΠΈ ΠΎΠ²ΠΎΠ·ΠΌΠΎΠΆΡƒΠ²Π° Π΄Π° Ρ‡ΠΈΡ‚Π°Ρ‚Π΅ онлајн ΠΈΠ»ΠΈ ΠΎΡ„Π»Π°Ρ˜Π½ ΠΊΠ°Π΄Π΅ ΠΈ Π΄Π° стС.
Π›Π°ΠΏΡ‚ΠΎΠΏΠΈ ΠΈ ΠΊΠΎΠΌΠΏΡ˜ΡƒΡ‚Π΅Ρ€ΠΈ
МоТС Π΄Π° ΡΠ»ΡƒΡˆΠ°Ρ‚Π΅ Π°ΡƒΠ΄ΠΈΠΎΠΊΠ½ΠΈΠ³ΠΈ ΠΊΡƒΠΏΠ΅Π½ΠΈ ΠΎΠ΄ Google Play со ΠΊΠΎΡ€ΠΈΡΡ‚Π΅ΡšΠ΅ Π½Π° Π²Π΅Π±-прСлистувачот Π½Π° ΠΊΠΎΠΌΠΏΡ˜ΡƒΡ‚Π΅Ρ€ΠΎΡ‚.
Π•-Ρ‡ΠΈΡ‚Π°Ρ‡ΠΈ ΠΈ Π΄Ρ€ΡƒΠ³ΠΈ ΡƒΡ€Π΅Π΄ΠΈ
Π—Π° Π΄Π° Ρ‡ΠΈΡ‚Π°Ρ‚Π΅ Π½Π° ΡƒΡ€Π΅Π΄ΠΈ со Π΅-мастило, ΠΊΠ°ΠΊΠΎ ΡˆΡ‚ΠΎ сС Π΅-Ρ‡ΠΈΡ‚Π°Ρ‡ΠΈΡ‚Π΅ Kobo, ќС Ρ‚Ρ€Π΅Π±Π° Π΄Π° ΠΏΡ€Π΅Π·Π΅ΠΌΠ΅Ρ‚Π΅ Π΄Π°Ρ‚ΠΎΡ‚Π΅ΠΊΠ° ΠΈ Π΄Π° ја ΠΏΡ€Π΅Ρ„Ρ€Π»ΠΈΡ‚Π΅ Π½Π° ΡƒΡ€Π΅Π΄ΠΎΡ‚. Π‘Π»Π΅Π΄Π΅Ρ‚Π΅ Π³ΠΈ Π΄Π΅Ρ‚Π°Π»Π½ΠΈΡ‚Π΅ упатства Π²ΠΎ Π¦Π΅Π½Ρ‚Π°Ρ€ΠΎΡ‚ Π·Π° помош Π·Π° ΠΏΡ€Π΅Ρ„Ρ€Π»Π°ΡšΠ΅ Π½Π° Π΄Π°Ρ‚ΠΎΡ‚Π΅ΠΊΠΈΡ‚Π΅ Π½Π° ΠΏΠΎΠ΄Π΄Ρ€ΠΆΠ°Π½ΠΈ Π΅-Ρ‡ΠΈΡ‚Π°Ρ‡ΠΈ.