Buku resipi Senangnya Memasak Mi, Mihun & Kuetiau ini menghidangkan 23 resipi mi, mihun & kuetiau dan 7 resipi baru. Ia disertakan dengan gambar langkah demi langkah yang mudah dan praktikal. Resipi-resipi ini disediakan oleh Chef Hanieliza yang berpengalaman luas dalam bidang masakan. Hidangan yang disajikan bukan sahaja lazat, malah mudah dan cepat disediakan.