Ia disampaikan dengan bahasa moden, sederhana dan mudah difahami namun dalam masa yang sama mengekalkan isi dan kandungan seperti yang ada dalam kitab-kitab ilmu Tauhid dalam bahasa Arab atau tulisan Jawi.
KANDUNGAN
Bab 1: Umum, Pengertian Ilmu Tauhid dll
Bab 2: Mengenal Istilah Dalam Ilmu Tauhid
Bab 3: Sifat 20
Bab 4: Rasul Dan Perkara Yang Berkaitan Dengannya
Bab 5: Sifat Uluhiyyah
Kesimpulan Belajar Sifat 20
Tatimmah Mufidah: Fahami Takwil Dengan Benar
Sanad Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jama‘ah Bersambung Kepada Imam Ahlus Sunnah Wal Jama‘ah, Al-Imam Abu Hasan Al-Asy‘ari (324h)
Ustaz Muhadir Bin Haji Joll As-Sanariy. Mantan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Kini merupakan Penasihat Syariah Galeri Ilmu Media Group. Sering dijemput sebagai pentazkirah tetap segmen Maulid@IKIM.fm, Tarbiyah dan Topik Jumaatdi Radio IKIM dan AzZikra di Radio KLfm. Juga sering muncul dalam rancangan keagamaan di TV AlHijrah, TV3, dan TV9. Aktif menyampaikan ceramah serta mengendalikan daurah di seluruh Malaysia.