Merungkai Peristiwa Zaman Silam dan Masa Kini melalui Kajian Genetik (Penerbit USM)

· Penerbit USM
電子書
47

關於本電子書

 Penyelidikan genetik telah menjadi satu pendekatan yang sangat penting bagi menjamin kemandirian biodiversiti. Memandangkan terdapat hubung kait rapat dan pergantungan manusia dengan hidupan yang kita kongsi bersama di bumi ini, pengurusan sumber asli perlu diutamakan untuk kelestarian manusia sejagat. Data genetik membenarkan pengecaman spesies dan maklumat variasi di dalam spesies (populasi) dinilai dengan tepat. Penggunaan analisis tertentu mampu memberikan gambaran faktor-faktor penyebab variasi ini bagi merangka strategi untuk mengatasi kesan buruk perubahan persekitaran semula jadi atau antropogenik ke atas biodiversiti. Melalui teknik-teknik genetik terkini, banyak penemuan baharu yang berimpak tinggi telah dihasilkan dan diaplikasi dalam pelbagai kehidupan kita, termasuk dalam bidang kesihatan dan bidang yang berkait rapat dengan ekonomi manusia seperti akuakultur, perikanan dan perdagangan produk biodiversiti. Syarahan ini membincangkan sebahagian kecil kepelbagaian kegunaan genetik dalam kehidupan kita. Pengaruh perubahan iklim dan geologi masa silam ke atas taburan masa kini biodiversiti ikan air tawar dan marin di rantau Asia Tenggara dibincangkan melalui pendekatan filogeografi. Syarahan ini juga melihat bagaimana kaedah genetik populasi digunakan untuk mengesan dan menghubung kait variasi genetik dengan kelestarian spesies liar dan yang diternak bagi tujuan ekonomi di samping untuk melindungi ekosistem. Syarahan ini diakhiri dengan melihat bagaimana satu teknik baharu, iaitu kod jalur DNA digunakan sebagai kaedah forensik untuk mengesan penipuan dalam perdagangan produk perikanan. Ketepatan pengecaman spesies adalah sangat penting dalam perdagangan antarabangsa dan kesihatan pengguna.

為這本電子書評分

歡迎提供意見。

閱讀資訊

智慧型手機與平板電腦
只要安裝 Google Play 圖書應用程式 Android 版iPad/iPhone 版,不僅應用程式內容會自動與你的帳戶保持同步,還能讓你隨時隨地上網或離線閱讀。
筆記型電腦和電腦
你可以使用電腦的網路瀏覽器聆聽你在 Google Play 購買的有聲書。
電子書閱讀器與其他裝置
如要在 Kobo 電子閱讀器這類電子書裝置上閱覽書籍,必須將檔案下載並傳輸到該裝置上。請按照說明中心的詳細操作說明,將檔案傳輸到支援的電子閱讀器上。