Terlalu banyak perubahan yang berlaku pada zaman sekarang disebabkan oleh teknologi. Antara perubahan yang peling ketara ialah cara ekonomi berjalan. Tetapi, masih terlalu ramai lagi yang menyampaikan pesanan yang sama; belajar rajin-rajin, masuk universiti, nanti dapat kerja bagus-bagus. Pesanan ini sudah tidak relevan sama sekali. Sudah banyak ruang dan peluang yang wujud untuk para pelajar yang tidak cemerlang akademik untuk berjaya dalam bidang yang lain. Universiti tidak lagi berperanan sebagai sumber bekalan tenaga kerja, yang menjamin kedua-dua pihak majikan dan pekerja bahawa mereka akan mendapat apa yang mereka perlukan.
Maka, buku ini akan menceritakan, bukan setakat langkah-langkah untuk para belia mendapatkan pekerjaan dan melancarkan karier mereka, malah rasionalnya, praktikalnya, analisisnya, perkaitannya, dan aplikasinya.