Kekuatan buku ini terletak pada perbincangan secara terperinci klausa atau elemen utama ISO 9001 dari perspektif Islam mengenai klausa tanggungjawab pengurusan, pengurusan sumber, penghasilan produk dan pengukuran, analisis dan penambahbaikan. Akhir sekali, buku ini mengemukakan satu ringkasan garis panduan untuk kegunaan organisasi bagi mengaplikasikan sistem pengurusan kualiti dari perspektif Islam berasaskan MS ISO 9001.