Cara mengenal pasti muzik yang dimainkan berdekatan anda

Terdapat lagu yang menarik dimainkan di kafe tetapi anda tidak tahu judul lagu atau artis lagu tersebut. Senario ini sering berlaku? Mujurlah anda dapat menggunakan telefon anda untuk mengenal pasti lagu, mencari lirik dan menemukan muzik baharu dengan pantas supaya anda tidak ketinggalan.

Nota: Arahan dan tetapan mungkin berbeza-beza mengikut pengilang dan model.
Google
Google LLC
Mengandungi iklan
4.2
26.7J ulasan
10B+
Muat turun
Rating kandungan
Semua orang

Mainkan, senandungkan atau nyanyikan lagu untuk membuat carian

Apl Google bukan sekadar digunakan untuk membuat carian web – apl ini juga boleh membantu anda mengenal pasti lagu. Ketik mikrofon pada apl, kemudian ketik “Cari lagu”. Dari sini, anda boleh menjejaki nama lagu dan artis dengan memainkan, menyanyikan atau menyenandungkan lagu itu pada telefon anda.

Kesan lagu daripada Pixel anda

Sesetengah model Google Pixel yang menjalankan Android 10 ke atas boleh mengenal pasti muzik berdekatan secara automatik terus daripada telefon. Untuk mendayakan ciri ini, akses Tetapan > Bunyi & getaran > Now Playing dan hidupkan togol “Kenal pasti lagu yang dimainkan berdekatan” untuk memaparkan lagu yang dikesan pada skrin kunci peranti. Lagu yang pernah dikesan boleh dilihat dengan mengetik “Sejarah Now Playing” dan ketik butang hati bersebelahan lagu untuk ditandai sebagai kegemaran bagi rujukan masa hadapan.
Shazam: Cari lagu
Apple Inc.
4.8
10J ulasan
500J+
Muat turun
Rating kandungan
Remaja

Gunakan apl untuk menemukan lagu baharu

Anda juga boleh menggunakan apl seperti Shazam untuk mengenal pasti lagu – walaupun anda sedang menggunakan fon kepala. Akses semua lagu yang anda cari sebelum ini dalam tab Pustaka dan sambungkan apl dengan apl penstriman muzik yang dipilih untuk memainkan penemuan terbaharu anda. Menyukai lagu yang anda dengar? Kongsi lagu kegemaran anda dengan orang lain dengan mengetik butang “Kongsi lagu” atau terokai persembahan artis yang akan datang dalam tab Konsert.
SoundHound - Pengecaman Muzik
SoundHound Inc.
Mengandungi iklanPembelian dalam apl
4.4
928K ulasan
100J+
Muat turun
Rating kandungan
Remaja

Latih vokal anda

Dengan Soundhound, lagu boleh dikesan dan dikenal pasti dengan mengetik butang jingga apabila lagu dimainkan berdekatan anda. Anda juga boleh menyenandungkan lagu yang sering didengari pada mikrofon (bakat nyanyian boleh digunakan). Tahu lirik lagu? Sebut atau taip lirik untuk menemukan lagu yang dicari. Setelah lagu dikenal pasti, lagu tersebut boleh didengar menggunakan pemain YouTube yang disepadukan pada apl atau anda boleh menyambungkan Soundhound dengan akaun Spotify untuk menjana senarai main lagu yang serupa.
Petua
Anda juga boleh menavigasi apl secara bebas tangan dengan pengecaman suara terbina dalam. Buka apl pada mana-mana skrin, kemudian sebut “Hei SoundHound” pada mikrofon, diikuti dengan perintah seperti “Apakah judul lagu ini?” atau “Mainkan lagu artis popular tahun ini”.
Musixmatch - Lyrics & Music
Musixmatch
Mengandungi iklanPembelian dalam apl
4.4
2.09J ulasan
50J+
Muat turun
Rating kandungan
Remaja

Dapatkan lirik dalam bahasa anda

Kenapa sekadar mengenal pasti sesebuah lagu jika lagu itu membuatkan anda menepik-nepikkan kaki? Dengan Musixmatch, anda boleh menjana dan menterjemahkan lirik sebarang lagu yang dimainkan berdekatan anda secara automatik supaya anda lebih memahami maksud lirik tersebut dalam bahasa ibunda anda. Nyanyi mengikut lagu kegemaran anda tanpa perlu menghafal lirik lagu tersebut atau cari rangkap tertentu daripada sesebuah lagu untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang lagu dan artis lagu tersebut.