Berlawan Dengan Syaitan: Jilid 1

· Berlawan Dengan Syaitan 第 1 冊 · Geinwo Enterprise
4.6
14 則評論
電子書
221

關於本電子書

“Berlawan dengan syaitan” merupakan karya sulung saya dalam genre seram/misteri yang berkisar kepada watak utama Shah Iskandar yang mempunyai kepandaian dan ilmu dalam bidang paranormal yang sering kali disebut oleh masyarakat berkaitan dengan kejadian-kejadian aneh dan luarbiasa yang berlaku di dalam masyarakat itu sendiri.

Syaitan dan Jin merupakan musuh utama manusia di dunia kerana kebinasaan dan kehancuran yang mereka wujudkan dalam masyarakat secara amnya.

Ada sesetengah manusia tidak dapat menerima kebahagian manusia lain dan manusia jenis ini sanggup melakukan apa sahaja demi memuaskan nafsunya dan mendapatkan bantuan makhluk selain dari Allah untuk menjayakan niatnya.

Watak Alisha dalam cerita ini merupakan anak buah kepada Shah Iskandar yang di ancam nyawa dan diganggu gugat kebahagiaannya oleh watak Azim anak Dato’ Ramli yang tidak berperikemanusian dan berkawan dengan syaitan.

Manakala watak Hakim merupakan musuh ketat Shah Iskandar dalam cerita ini dimana beliau sanggup mendapatkan bantuan syaitan demi membantu beliau mencapai cita-cita iaitu memusnahkan kehidupan Shah Iskandar.

Watak Dato’ Ramli iaitu ayah kepada Azim merupakan lelaki yang pernah menodai kesucian watak ibu Alisha iaitu Ida pada zaman remajanya di salah sebuah Universiti awam di Malaysia. Dato’ Ramli masih menaruh perasaan terhadap Ida walaupun beliau sendiri sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak tunggal bernama Azim.

Watak Adam merupakan lelaki yang menaruh cinta terhadap watak Alisha tanpa disedari oleh wanita itu. Namun diwaktu yang sama watak Azim juga masih menaruh perasaan untuk memiliki Alisha semula.

Bagaimanakah kesudahan cerita ini? Adakah keadilan akan terbela? Adakah dendam akan bermaharalela? Adakah cinta akan menyelamatkan mereka? Anda harus membacanya sehingga tamat untuk mengetahui kesudahannya. Selamat terhibur!

 

評分和評論

4.6
14 則評論

關於作者

Saya adalah penulis baru dalam dunia penulisan. Sebelum ini saya hanya menulis di Blog (http://magisceriteraku.blogspot.my) sahaja dan tidak pernah menulis atau pun menjadi penulis jemputan sepertimana sejarah latar belakang penulis-penulis yang lain. Saya menerima pendidikan sehingga ke peringkat ijazah di Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang pengurusan. Saya juga mempunyai kelulusan dalam bidang Diploma Komputer Sains dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Bidang penulisan merupakan bidang sambilan saya kerana saya masih lagi berjinak-jinak dengan ilmu dalam menulis cerita atau menghasilkan karya kreatif dalam genre kegemaran saya iaitu seram/misteri dan cinta/romantik.

 

為這本電子書評分

歡迎提供意見。

閱讀資訊

智慧型手機與平板電腦
只要安裝 Google Play 圖書應用程式 Android 版iPad/iPhone 版,不僅應用程式內容會自動與你的帳戶保持同步,還能讓你隨時隨地上網或離線閱讀。
筆記型電腦和電腦
你可以使用電腦的網路瀏覽器聆聽你在 Google Play 購買的有聲書。
電子書閱讀器與其他裝置
如要在 Kobo 電子閱讀器這類電子書裝置上閱覽書籍,必須將檔案下載並傳輸到該裝置上。請按照說明中心的詳細操作說明,將檔案傳輸到支援的電子閱讀器上。