Keperluan yang amat tinggi kepada penulisan buku teks atau buku rujukan utama kursus ini bagi memudahkan para pelajar memahami kandungan kursus dengan baik. Buku ini merupakan antara buku teks yang terawal diterbitkan oleh Penerbit Universiti di Malaysia. Kandungan buku teks ini memenuhi semua bab bagi Kursus Falsafah dan Isu Semasa. Terdapat lapan bab yang dibincangkan dalam buku ini.