Syed Ahmad Fathi bin Syed Mohd Khair dilahirkan pada 1 Oktober 1990 di Kuala Lumpur. Beliau memulakan persekolahan di Sekolah Rendah Ibnu Kathir Gombak dan menyambung persekolahan di peringkat menengah di Ma’had Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI) Perlis. Tamat persekolahan beliau menyertai kursus persediaan di Universiti Kuala Lumpur – Malaysian Institute of Aviation Technology (UniKL-MIAT) dan kemudiannya menyambung pengajian sarjana muda dalam bidang kejuruteraan marin di State Marine Technical University (SMTU) di St. Petersburg, Rusia. Beliau telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak. Kini menetap di Sungai Petani, Kedah. Beliau merupakan penulis blog Meniti Jambatan Masa.