Pelukis Jalanan

· Siri Jalanan 第 1 本图书 · Iman Publication Sdn Bhd
5.0
60条评价
电子书
200

关于此电子书

"Jika diberi peluang berpatah balik masa, perbetulkan semuanya, mengelak kegagalan berlaku, dan hidup dengan selesa, aku akan memilih untuk tidak lakukannya. Kerana pengalaman inilah anugerah bernilai Allah kepada aku.”

[Teme Abdullah]

评分和评价

5.0
60条评价

作者简介

Dilahirkan di Selangor, membesar di Selangor, dan menamatkan pengajian menengah di sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) yang juga di Selangor. Usai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), penulis mendapat tajaan biasiswa penuh ke peringkat A-level lalu menyambung pelajaran peringkat tinggi di United Kingdom dalam jurusan Ijazah Serjana Muda Seni Bina.


Teme menggunakan nama samaran yang diberikan oleh rakan-rakannya ketika di peringkat pengajian menengah sebagai nama penanya sehingga ke hari ini. Nama Abdullah pula ditambah sendiri oleh penulis di belakang nama Teme sejak pertama kali menulis buku pada tahun 2016.


Walaupun mengalami sedikit kekangan di peringat Alevel, penulis berjaya menamatkan pengajian peringkat ijazah tidak lewat daripada masa yang ditetapkan. Selepas menamatkan ijazah, penulis telah mendapat tawaran bekerja di sebuah firma seni bina di London lalu bekerja di syarikat berkenaan.


Sebelum bergelar penulis buku, Teme dikenali sebagai Pelukis Jalanan yang melukis bangunan-bangunan di kota tempat pengajiannya iaitu Kota London. Walaupun tidaklah sehebat pelukis-pelukis profesional, cerita mengenai aktiviti melukisnya pernah menjadi topik oleh blog-blog dan laman web tempatan dan internasional sehingga mendapat liputan televisyen. Cerita mengenainya juga pernah disiarkan di MHI Tv3 buat beberapa kali. Melalui pendedahan ini, Teme dapat berkongsi serba sedikit cerita tentang bagaimana dia menjual lukisan di London untuk menampung kos pengajian ijazahnya.


Melihatkan respon baik daripada pengikut yang mengikuti lukisan-lukisannya di instagram, Teme mengambil keputusan untuk menulis sebuah buku yang berpandukan pengalamannya sendiri. Penulis seakan-akan menceritakan apa yang sebenarnya berlaku di belakang lukisan-lukisan yang ditayangkan olehnya di media sosial. 


Setakat ini, penulis telah menulis empat buah buku; Pelukis Jalanan, Arkitek Jalanan, Impian Jalanan, dan Empayar: Hikayat Putera Tanpa Nama. Hanya buku pertama penulis sahaja (Pelukis Jalanan, diterbitkan pada 2016) yang ditulis ketika bergelar mahasiswa. Buku-buku lain ditulis selepas menamatkan ijazah.


Hasil sokongan daripada pembaca, Teme telah dinobatkan Johan Anugerah Pilihan Pembaca POPULAR-BH pada tahun 2017. Buku Pelukis Jalanan telah diangkat dalam kategori MPH Best of 2017. Buku yang sama juga telah menerima anugerah Emas bagi Anugerah Kulit Buku Cantik 2018.


Buku kedua Teme Abdullah (Arkitek Jalanan, diterbitkan pada 2017) pula telah diangkat sebagai Pemenang MPH Best of 2018. Buku itu juga telah menyumbang kepada anugerah terbesar yang pernah diterima oleh penulis dalam bidang ini sehingga ke hari ini iaitu Anugerah Buku Negara 2018.


Walaupun telah mengambil keputusan untuk merahsiakan identitinya, Teme Abdullah telah mengadakan satu sesi bertemu pembaca di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang sanggup membaca karyanya walaupun tidak pernah mengenali dirinya.


Segala perkara baik yang dilalui ini ialah hasil doa berterusan ibu bapa, keluarga, pembaca, penyokong, dan kawan-kawan yang tidak putus-putus sehingga ke hari ini.


Teme hanya seorang penulis biasa yang hanya bernasib baik untuk dianugerahkan oleh Allah pembaca yang betul-betul menghidupkan karyanya. Alhamdulillah.


为此电子书评分

欢迎向我们提供反馈意见。

如何阅读

智能手机和平板电脑
只要安装 AndroidiPad/iPhone 版的 Google Play 图书应用,不仅应用内容会自动与您的账号同步,还能让您随时随地在线或离线阅览图书。
笔记本电脑和台式机
您可以使用计算机的网络浏览器聆听您在 Google Play 购买的有声读物。
电子阅读器和其他设备
如果要在 Kobo 电子阅读器等电子墨水屏设备上阅读,您需要下载一个文件,并将其传输到相应设备上。若要将文件传输到受支持的电子阅读器上,请按帮助中心内的详细说明操作。