Selepas mengkaji dan mendekati budaya parenting gaya Perancis, beliau kagum dengan tata tertib dan adab yang tinggi yang ada pada kanak-kanak mereka. Anak-anak yang dibesarkan dengan gaya Perancis memang terkenal duduk tertib ketika makan malah tidak cerewet dalam memilih makanan ataupun tantrum ketika membuat keputusan saat bermain dan berkongsi mainan.
Walaupun buku ini mendedahkan kaedah membesarkan anak gaya Perancis, penulis juga tidak menolak sepenuhnya gaya pendidikan yang lain. Baca perkongsian lanjut beliau mengenai apa yang boleh dipelajari dengan cara pendidikan orang Perancis dalam membesarkan anak-anak di rumah.