Setel: Petrol, Parkir, eWallet

4,9
155 rb ulasan
1 jt+
Hasil download
Rating konten
Semua Umur
Gambar screenshot
Gambar screenshot
Gambar screenshot
Gambar screenshot
Gambar screenshot
Gambar screenshot
Gambar screenshot
Gambar screenshot

Tentang aplikasi ini

Sertai jutaan pengguna Setel yang berpuas hati dan alami kecanggihan dunia permotoran.

Sama ada petrol, parkir, insurans atau takaful kenderaan, cukai jalan, pengecasan EV, bantuan auto 24/7, beli-belah di kedai atau dalam talian, semuanya ada dalam 1 aplikasi — menemani anda di jalan raya.

Muat turun dan mula hari ini.

Apa yang menarik tentang Setel:
• Bayar secara mudah dengan hanya sekali sentuh di aplikasi anda. Kumpul sehingga 3x mata Mesra dan dapatkan sehingga 10% rebat dengan kad kredit petrol terpilih. Mudah membuat tuntutan dengan memuat turun e-Resit dan ringkasan penyata bulanan.
• Aktifkan bayaran parkir automatik untuk masuk dan keluar segera, dikendalikan melalui imbasan nombor plat segera di Suria KLCC, Alamanda Shopping Centre, KL Convention Centre dan 12 lokasi lain. Nikmati kemudahan bayaran parkir jalanan bagi kawasan jagaan 16 pihak majlis di Selangor, Terengganu, Kelantan, Negeri Sembilan & lain-lain.
• Bertenang di jalan raya & dilindungi dengan pembelian takaful atau insurans kenderaan. Baharui cukai jalan anda pada bila-bila masa & akses bantuan auto 24/7 di mana saja untuk pelbagai perkhidmatan termasuk tukar bateri kereta atau tayar, hidupkan kereta, kereta tunda, petrol kecemasan & membuka kenderaan sewaktu kecemasan.
• Terokai dan bayar dengan mudah untuk pengecasan EV di lebih dari separuh stesen cas di Malaysia, dikuasakan oleh Gentari, chargEV, JomCharge, dan ChargeN’Go.
• Bayar untuk keperluan harian anda di lebih 1.6 juta kedai seperti Kedai Mesra, KK Mart, MyNEWS, CU Mart, MYDIN, Lotus's, Village Grocer, Billion, Econsave, PLUS R&R, OldTown White Coffee, Secret Recipe, Marrybrown, Tealive, Chatime, Inside Scoop, Café Mesra, Bake With Yen, Al-Ikhsan Sports, Switch & banyak lagi. Beli barangan asli PETRONAS dalam talian & bayar dengan mudah melalui Setel di Kedai PETRONAS. Anda juga boleh bayar dalam talian di Samsung, redBus & laman web lain.

Jangan terlepas promosi eksklusif tempoh terhad:
• Kumpul sehingga 3x mata Mesra untuk pembelian petrol dari kenderaan anda.
• Kumpul 3x mata Mesra dengan membeli di Kedai Mesra atau membuat pesanan dari kenderaan anda melalui Deliver2Me.
• Tebus mata Mesra menjadi pulangan tunai untuk petrol percuma, parkir & lain-lain.
• Dapatkan sehingga RM300 pulangan tunai untuk setiap pembelian insurans atau takaful kenderaan.
• Mohon kad kredit petrol dan terima sehingga RM240 pulangan tunai.
• Terima RM20 pulangan tunai untuk penukaran bateri kereta.
• Terima RM350 pulangan tunai apabila anda menjual kereta.
• Terima RM450 pulangan tunai apabila anda membeli kereta.
Tertakluk terma dan syarat. Untuk lebih info tentang promosi Setel, kunjungi setel.com/promotions

Mengapa keluarga dan perniagaan sukakan Setel:
• Urusan perbelanjaan ahli keluarga jadi lebih mudah dengan Dompet Keluarga. Kongsikan Dompet Setel atau kad bank anda untuk membayar petrol, parkir & lain-lain bagi 5 ahli keluarga. Pantau perbelanjaan setiap ahli keluarga anda & kumpul setiap mata Mesra yang diperoleh ke dalam akaun anda.
• Sama ada urusan perbelanjaan petrol untuk perniagaan korporat anda atau sebagai manfaat syarikat, anda boleh selaraskan pembayaran melalui aplikasi Setel. Caj terus ke akaun syarikat anda tanpa kad korporat fizikal, kini mudah dengan penyelesaian isian petrol korporat digital pertama di Malaysia oleh Setel dengan kerjasama PETRONAS SmartPay. Pantau dan uruskan kad-kad, transaksi & penyata korporat anda dengan mudah—semuanya melalui aplikasi Setel.

Ikuti trend TikTok kami di tiktok.com/@setel
Ikuti perkongsian X kami di x.com/setel
Ikuti reels Instagram kami di instagram.com/setel
Like Facebook kami di facebook.com/setel

Ada soalan? Lawati help.setel.com
Diupdate pada
31 Jul 2024

Keamanan Data

Keamanan dimulai dengan memahami cara developer mengumpulkan dan membagikan data Anda. Praktik privasi dan keamanan data dapat bervariasi berdasarkan penggunaan, wilayah, dan usia Anda. Developer memberikan informasi ini dan dapat memperbaruinya seiring waktu.
Tidak ada data yang dibagikan kepada pihak ketiga
Pelajari lebih lanjut cara developer menyatakan pembagian data
Aplikasi ini dapat mengumpulkan jenis data berikut
Lokasi, Info pribadi, dan 4 lainnya
Data dienkripsi saat dalam pengiriman
Anda dapat meminta agar data dihapus

Rating dan ulasan

4,9
154 rb ulasan
Alif Azahali
24 Juni 2024
Okok,🔥🔥🔥bagus sangat bagus
Apakah konten ini berguna bagi Anda?
Setel
3 Juli 2024
Terima kasih kerana memilih Setel. Kami menghargai maklum balas anda dan akan menggunakannya untuk meningkatkan perkhidmatan kami pada masa akan datang. Jika anda mempunyai sebarang cadangan, sila hantar kepada kami di hello@setel.com. Sokongan anda amat kami hargai.
Sutriani Haddise
17 Agustus 2021
Cepat pantas dan tidak perlu beratur panjang semasa pembayaran.
32 orang merasa ulasan ini berguna
Apakah konten ini berguna bagi Anda?
Setel
18 Agustus 2021
Hi, thanks for your support and the 5-star rating. Hope you continue to enjoy using Setel. If you have any feedback or suggestions, please write to us at hello@setel.my. We would love to hear from you!
Alfatah Azmi14
2 Juni 2022
Sangat mudah dan senang digunakan dan sangat membantu menjimatkan masa
5 orang merasa ulasan ini berguna
Apakah konten ini berguna bagi Anda?
Setel
11 Juni 2022
Thank you for providing your valuable feedback. Please reach out to us at hello@setel.com, if you have other suggestions.

Yang baru

Hey pengguna Setel!

Kami teruja untuk mengumumkan ciri terbaru kami: Servis kereta!

Elakkan menunggu dengan menempah servis kereta anda di mana-mana 5 bengkel PETRONAS AutoExpert melalui Setel. Bersantai di ruang pelanggan sementara mekanik terlatih kami menjaga kereta anda.

Jadi, lain kali kereta anda perlu ke bengkel, ingat untuk menempah dengan Setel. Nikmati Mata Mesra Rewards apabila anda bayar guna Setel QR dan diskaun 10% bagi penukaran minyak menggunakan PETRONAS Syntium asli.