Touch ‘n Go eWallet

4,6
675 rb ulasan
10 jt+
Hasil download
Rating konten
Semua Umur
Gambar screenshot
Gambar screenshot
Gambar screenshot
Gambar screenshot
Gambar screenshot
Gambar screenshot

Tentang aplikasi ini

*Aplikasi ini hanya menyokong Android versi 5.0 ke atas

Tambah nilai prabayar mobil anda, dapat penghantaran makanan PERCUMA dan banyak lagi dengan Touch ‘n Go eWallet!

Penambahan nilai eWallet sangat senang dan cepat.
Tambah nilai eWallet dengan perbankan dalam talian FPX melalui CIMB Bank, Maybank, HSBC, RHB, Bank Islam, Bank Simpanan Nasional dan banyak lagi.

Ada kad bank? Bolehlah anda menambah nilai melalui kad debit/kredit dan aktifkan auto-reload supaya anda tidak perlu risau tentang baki eWallet anda!

Mohon pinjaman mikro dengan GOpinjam dalam 3 langkah mudah. Anda akan mempunyai pilihan tempoh pembayaran minimum 1 minggu atau sehingga tempoh pembayaran maksimum 1 tahun. GOpinjam adalah produk fleksibel yang membolehkan anda meminjam berdasarkan keperluan dalam jumlah kecil dan tempoh yang lebih pendek. Kadar faedah yang dikenakan adalah berdasarkan Harga Berasaskan Risiko. Kadar Faedah Tetap bervariasi dari 8% hingga 36% setahun, yang berbeza bagi setiap pelanggan. Jika anda memutuskan untuk mengambil pinjaman RM1,000 selama 3 bulan pada kadar faedah anggaran 20%, anda hanya akan dikenakan bayaran balik bulanan RM350. Untuk ilustrasi sahaja, kadar faedah akhir bergantung kepada pelbagai faktor termasuk rekod kredit, tingkah laku pembayaran, tempoh pinjaman dan lain-lain.

TAMBAH NILAI PRABAYAR.
Tambah nilai prabayar U Mobile, Hotlink, Digi, YES, Xpax, Tune Talk, XOX ataupun Altel dari kesenangan eWallet anda.

MEMBELI-BELAH DALAM TALIAN.
Dapat keperluan harian atau membeli-belah di Lazada, PrestoMall dan Taobao dengan eWallet anda. Teringin makan sesuatu? Pesan dari DeliverEat dan Hungry, bayar dengan eWallet untuk dapatkan penghantaran PERCUMA!

BIL, BIL, BIL.
Bayar bil pascabayar Maxis, U Mobile, Celcom, YES, redONE, Unifi, Astro dengan eWallet supaya sentiasa berhubung dengan orang kesayangan anda. Anda juga boleh membayar bil utiliti seperti air dan pembayaran balik pinjaman PTPTN dengan eWallet!

BARANG RUNCIT & FARMASI.
Perlu dapatkan barang keperluan rumah dengan cepat? Dapatkan di Tesco, Mydin, Jaya Grocer, 7-11, KK Mart, 99 Speedmart, MyNews & banyak lagi. Dapatkan juga keperluan kesihatan dari Caring, Watsons, Guardian, BIG Pharmacy, AA Pharmacy, Alpro & banyak lagi. Pilih bayaran tanpa tunai; tiada sentuhan, tiada bakteria!

HANTAR DUIT DENGAN MUDAH.
Masukkan nombor telefon untuk hantar duit dengan segera ke pengguna Touch ‘n Go eWallet yang lain.

BAYAR TOL DENGAN PAYDIRECT/RFID.
Hanya perlu pautkan kad Touch ‘n Go ke Touch ‘n Go eWallet untuk aktifkan ciri PayDirect dan bayar tol menggunakan baki eWallet anda. Anda boleh beli tag RFID dari app kami.

Cara penggunaan:
1. Pautkan sehingga tiga (3) kad Touch ‘n Go ke eWallet
2. Gunakan kad yang dipaut di tol sekitar Lembah Klang kecuali ELITE, NKVE, SKVE dan LEKAS.
3. Bayaran tol akan ditolak terus daripada baki eWallet anda. Baki kad Touch ‘n Go hanya akan ditolak jika baki eWallet tidak mencukupi
4. Tambah nilai eWallet menggunakan perbankan dalam talian FPX ataupun kad debit/kredit (aktifkan auto-reload untuk lebih kemudahan!)

Pasang RFID ke kereta anda dan pembayaran tol akan terus tolak dari eWallet untuk perjalanan yang lebih lancar!

BAYAR PARKIR.
Bayar yuran parkir anda dari mana-mana sahaja! Kini di DBKL, MPSJ, Perbadanan Putrajaya, Majlis Daerah Kuala Langat, M.P. Kota Bharu & banyak lagi akan datang!

BELI TIKET WAYANG.
Beli tiket wayang yang terbaru dari GSC, TGV, MBO dan banyak lagi melalui eWallet anda dengan pembayaran dalam 2 langkah sahaja!

Anda juga boleh menambah nilai eWallet menggunakan tunai melalui pembelian Touch ‘n Go eWallet Reload PIN yang boleh dibeli dari kedai runcit, stesen minyak dan farmasi seperti KK Mart, Mydin, Caring Pharmacy, Petronas dan merata-rata tempat lagi.

Psst.. kami juga akan memberi banyak ganjaran melalui eWallet. Jangan kelepasan! Muat turun sekarang.

Lebih informasi di https://www.tngdigital.com.my
Ikuti kami di Facebook untuk maklumat terkini https://www.facebook.com/touchngoewallet
Diupdate pada
29 Okt 2024

Keamanan Data

Keamanan dimulai dengan memahami cara developer mengumpulkan dan membagikan data Anda. Praktik privasi dan keamanan data dapat bervariasi berdasarkan penggunaan, wilayah, dan usia Anda. Developer memberikan informasi ini dan dapat memperbaruinya seiring waktu.
Aplikasi ini dapat membagikan jenis data ini kepada pihak ketiga
Lokasi, Info pribadi, dan 4 lainnya
Aplikasi ini dapat mengumpulkan jenis data berikut
Lokasi, Info pribadi, dan 7 lainnya
Data dienkripsi saat dalam pengiriman
Anda dapat meminta agar data dihapus

Rating dan ulasan

4,6
668 rb ulasan
Suci dalam doa
10 Oktober 2024
Kenapa akun saya di tangguhkan dalam melakukan transaksi pembelian dan apa kes akun saya sampai di tangguhkan kalau seperti ini pengguna merasa tidak nyaman atas tidak adanya alasan tiba-tiba akun di tangguhkan awalnya transaksi di tolak hari ke 2 akun ewallet anda di tangguhkan tolong jangan seperti ini dalam pelayanan pelanggan terimakasih
7 orang merasa ulasan ini berguna
Apakah konten ini berguna bagi Anda?
TNG Digital Sdn Bhd
11 Oktober 2024
Hi, kami perlu menyemak maklumat akaun eWallet anda dalam rekod kami. Sila hubungi kami di talian +603 5022 3888 atau dengan mengisi borang web kami di https://tngd.my/careline-webform dan kami akan meneliti perkara ini secepat mungkin.
Rindu Anjani
1 September 2024
Mau tnya kenapa aplikasi.nya keluar sendiri setiap di klik . Apa masalahnya.. tolong lah .. sudah 2 hari ini.. setiap saya buka ini.. tiba2 keluar sendiri Saya butuh banget buat pembayaran
19 orang merasa ulasan ini berguna
Apakah konten ini berguna bagi Anda?
TNG Digital Sdn Bhd
2 September 2024
Kami mencadangkan anda menghidupkan semula peranti dan membersihkan cache anda. Jika itu tidak berjaya, sila berikan kami maklumat berikut di tngd.my/careline-webform (http://tngd.my/careline-webform): 1) Tangkapan skrin mesej ralat (jika ada) 2) Model telefon 3) Versi aplikasi 4) Versi Android/iOS.
Muhammadridwan Muhammadridwan
24 Agustus 2024
Pihak TNG bisa mengamankan akaun kita dan uang kita jika ada mencoba transaksi kelulusan akaun kita. Mantap good.tapi tolong bagaimana.saya akan mendapatkan akaun saya yang di scam..bahkan dia mengunci profil saya dan saya tidak dapat keluar dari akaun tersebut 😔mohon kepada pihak TNG.segara kan bantuan nya.thank you Terimakasih 🙏
82 orang merasa ulasan ini berguna
Apakah konten ini berguna bagi Anda?
TNG Digital Sdn Bhd
26 Agustus 2024
Hi, jaminan Pulangan Wang kami menjanjikan pampasan penuh dan melindungi anda dari sebarang risiko kehilangan baki eWallet anda melalui transaksi yang tidak dibenarkan. Berikut adalah borang MBG untuk anda membuat laporan sekiranya terdapat transaksi yang tidak dibenarkan https://www.tngdigital.com.my/mbg.html

Yang baru

What’s new in v1.8.39

Money in, sound on! Because everyone loves the sound of money.

Cute, portable, and smart, the TNG eWallet Soundbox TransferMate provides real-time audio alerts for every incoming transfer, helping you stay safe from fraudulent transfer claims. Get yours now!

Our improved app is now bug-free for a seamless and secure experience.

Dukungan aplikasi

Nomor telepon
+60327148000
Tentang developer
TNG DIGITAL SDN. BHD.
tngewalletcs@tngdigital.com.my
Level 3A Tower 6 Avenue 5 The Horizon Bangsar South 59200 Kuala Lumpur Malaysia
+60 19-295 0828

Aplikasi serupa