Peta Petal – GPS & Navigasi

4.3
85.3K ulasan
100J+
Muat turun
Rating kandungan
Semua orang
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin

Perihal apl ini

Peta Petal membolehkan anda menjelajah dunia di sekitar anda dengan cara yang baru. Tersedia di lebih daripada 140 negara dan kawasan, Peta Petal bukan sahaja membolehkan anda mendapat lokasi semasa anda, melayari peta, mencari tempat, dan menambahkan kegemaran anda, tetapi juga memaparkan keadaan trafik masa nyata, insiden, dan sebagainya.
*Data trafik masa nyata tersedia di negara/kawasan tertentu sahaja pada masa ini.

[Melayari peta]

· Zum masuk dan keluar, laraskan kedudukan peta, dan juga condongkan dan putarkan sudut paparan peta. Anda juga boleh menggunakan gerak isyarat udara untuk mengawal peta, bertukar antara paparan peta 2D dan 3D, dan juga melihat keadaan trafik masa nyata semasa pelayaran.
· Gunakan lapisan Rupa bumi untuk mendapatkan gambaran keseluruhan darat yang lebih jelas.
· Gunakan lapisan Cuaca untuk menyemak cuaca semasa dan ramalan untuk tempat yang berlainan.
· Gunakan lapisan COVID-19 untuk menerima maklumat terkini tentang virus, dengan data dikemas kini setiap hari.

[Mencari tempat]

· Dengan pangkalan data yang besar, anda pasti akan dapat menemui tempat yang anda cari.
· Masukkan kata kunci untuk mendapat cadangan carian, kemudian ketik cadangan untuk melihat lebih banyak butiran. Jangan bimbang jika anda tidak dapat mengingat nama tempat dengan tepat – carian kabur kami boleh membantu anda.
· Gunakan pintasan kategori untuk menemui tempat popular berdekatan dengan ketikan tunggal.

[Navigasi]

· Data trafik masa nyata membantu anda memilih laluan yang lebih cepat dan mengelakkan kesesakan lalu lintas. Anda boleh menetapkan keutamaan laluan dan juga menambah berbilang hentian semasa merancang laluan.
· Bar berbilang warna akan ditunjukkan di sisi skrin semasa navigasi, memberi anda gambaran keseluruhan segera tentang keadaan trafik dijangka bagi keseluruhan laluan.
· Menyokong Paparan Dongak (HUD) untuk navigasi lebih selamat semasa memandu.
· Skrin bebas semasa navigasi dengan mendayakan Paparkan di atas aplikasi yang lain. Anda masih akan melihat maklumat navigasi yang penting, tetapi anda akan dapat menggunakan aplikasi lain pada masa yang sama.
· Menyokong navigasi berjalan dan berbasikal, dan juga navigasi dengan peranti siri HUAWEI WATCH 3.
· Gunakan gerak isyarat udara semasa navigasi untuk bertukar antara paparan laluan penuh atau bahagian semasa sahaja untuk pemanduan lebih selamat.
*Gerak isyarat udara hanya disokong oleh telefon siri Mate 30, Mate 40, dan P40 yang dikemas kini kepada EMUI 11.0 atau versi lebih baru pada masa ini.

[Ciri-ciri diperibadikan]

· Selepas anda menetapkan alamat rumah dan kerja anda, kad perjalanan akan muncul di bawah peta untuk menunjukkan masa perjalanan dan keadaan trafik dijangka untuk membantu anda mengelakkan trafik waktu sibuk.
· Pilih daripada sebilangan ikon kenderaan seronok.
· Aturkan tempat kegemaran anda dengan mengisih ke dalam senarai yang berlainan dengan ikon tersendiri.
· Kekalkan peranti-peranti anda saling disegerakkan dengan menyegerakkan data anda ke awan dengan Awan Mudah Alih HUAWEI atau Dropbox.

[Cipta peta bersama]

· Bantu pengguna lain menentukan destinasi dengan memberikan rating dan ulasan kepada tempat pada peta.
· Tambah tempat baru dan laporkan atau edit maklumat yang tidak betul.

[Maklum balas]

Beritahu kami sebarang masalah atau cadangan dengan pergi ke Saya > Bantuan > Maklum balas dalam aplikasi.

Facebook-https://www.facebook.com/petalmapsglobal
Twitter-https://twitter.com/petalmaps
Instagram-https://www.instagram.com/petalmaps/

*Untuk pengalaman yang lebih baik, pastikan anda mempunyai HMS Core dimuat turun dan sekurang-kurangnya 3 GB RAM.
Dikemas kini pada
19 Jul 2023

Keselamatan data

Keselamatan bermula dengan memahami cara pembangun mengumpul dan berkongsi data anda. Amalan privasi dan keselamatan data mungkin berbeza-beza berdasarkan penggunaan, rantau dan umur anda. Pembangun memberikan maklumat ini dan mungkin mengemaskinikan maklumat dari semasa ke semasa.
Tiada data dikongsi dengan pihak ketiga
Ketahui lebih lanjut tentang cara pembangun mengisytiharkan perkongsian
Tiada data dikumpulkan
Ketahui lebih lanjut tentang cara pembangun mengisytiharkan pengumpulan
Data disulitkan semasa dalam perjalanan

Rating dan ulasan

4.3
83.4K ulasan
Habib BQ
7 Jun 2024
Sangat2 tidak puas hati,tunjuk jln sempit,last2 laluan motor dia bagi,aku bonceng kereta,aduhhh,failed
2 orang mendapati ulasan ini berguna
Adakah anda mendapati kandungan ini membantu?
Petal Maps Team
25 November 2024
Terima kasih kerana memberi penilaian kepada Petal Maps. Kami amat menghargai jika anda dapat berkongsi lokasi jalan tersebut. Maklum balas anda sangat penting untuk membantu kami memperbaiki produk ini. Sila klik "Saya" > "Maklum Balas" untuk menghantar butiran tersebut atau melalui Facebook-Petal Maps South East Asia. Semoga hari anda indah 😊
Apai 30
28 Januari 2026
sangat terbaik dan memuaskan..kalau boleh jika terlepas simpang,suruh buat pusingan u supaya jalan menjadi lebih dekat berbanding tukar jalan lain..apa-apa pun segalanya terbaik dan memudahkan
Adakah anda mendapati kandungan ini membantu?
Petal Maps Team
29 Januari 2026
Hi, terima kasih banyak atas ulasan dan sokongan 5 bintang anda untuk Petal Maps! Kami sangat menghargainya. Jika ada sebarang soalan atau cadangan lain mengenai Petal Maps, jangan ragu untuk menghubungi kami dengan mengklik 'Saya' > 'Maklum Balas' atau melalui Facebook - Petal Maps South East Asia. Semoga hari anda indah! 😊
M Azre Bmy
27 Januari 2026
Very nice the best so far so good. PS. In the sample picture there is a lane guide or 'panduan lorong'. How come I never see it or its add on after register eh?
2 orang mendapati ulasan ini berguna
Adakah anda mendapati kandungan ini membantu?
Petal Maps Team
27 Januari 2026
Hello. Thank you for your recognition, we are still working hard to bring you a more convenient and satisfactory experience, so stay tuned!

Perkara baharu

[ETA laluan ditingkatkan]
Dapatkan ETA tepat untuk destinasi merentas zon waktu.
[Skrin Sumbangan serba baru]
Tataletak yang disegarkan dan lebih jelas untuk skrin Sumbangan.
[Tambah nota ke lokasi dengan pantas]
Apabila menyimpan lokasi, anda boleh menambah nota untuk ditemui dengan mudah kemudian.