Flow Hotel mengikut Jam

4.4
2.55K ulasan
100K+
Muat turun
Rating kandungan
Semua orang
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin

Perihal apl ini

"Mencari penginapan singkat di hotel 4* untuk tempoh beberapa jam? Atau ruang kerja bersama untuk bekerja selama setengah hari?

Dengan Aplikasi Flow, anda boleh menempah bilik hotel atau meja kerja dengan masa check-in yang fleksibel dan tempoh masa dari 1 hingga 12 jam. Anda boleh berjimat sehingga 75% potongan daripada harga tempahan biasa untuk satu hari penuh. Rakan kongsi kami termasuk hotel-hotel 3 hingga 5 bintang serta ruang-ruang kerja yang bergaya. Anda juga boleh menikmati semua kemudahan yang ada di premis tersebut.

Mengapa menempah untuk satu hari penuh jika anda hanya perlu menggunakan ruang untuk beberapa jam sahaja? Tempah dengan Aplikasi Flow sekarang!

#BiarKamiJagaFlowAnda dan segeralah menempah bilik hotel atau ruang kerja bersama hanya untuk tempoh masa yang anda perlukan melalui Aplikasi Flow kami di Gedung Aplikasi. Sama ada anda memerlukan sebuah bilik atau meja pejabat sekarang atau dalam beberapa hari lagi, Aplikasi Flow adalah penyelesaian yang unggul untuk tempahan ruang disaat-saat akhir dan pada harga berpatutan pada waktu siang.

Kami menawarkan masa check-in dan check-out yang fleksibel dan anda boleh membayar mengikut minit, mengikut slot masa, atau mengikut malam.

Anda layak mendapat pelan yang lebih baik dan hanya bayar untuk sesuatu yang anda perlukan.

Penyelesaian sempurna untuk mereka yang dalam perjalanan:

- Persinggahan antara penerbangan
- Berehat tepat pada masanya dengan tidur sebentar selepas membeli-belah
- Mengecas semula tenaga dengan cepat selepas berjam-jam melakukan perjalanan
- Fotoshoot atau temubual dengan persekitaran bilik yang bertema
- Rehat makan tengah hari atau rehat siang antara syif terpecah

Aplikasi Flow adalah aplikasi terbaik untuk anda dengan harga terendah bagi tempahan hotel, atas apapun sebab. Di Flow, kami berusaha untuk mencipta pengalaman yang hebat untuk pelanggan dan akan membuatkan anda jatuh cinta dengan konsep ""hotel intrahari"".

Kami tahu, sebagai ahli perniagaan yang banyak melakukan perjalanan, anda:

- Menghabiskan banyak masa dalam perjalanan antara mesyuarat sehingga anda tidak mempunyai masa untuk memberi tumpuan pada kerja
- Mencari tempat yang berhampiran untuk membuat suntingan akhir pada dek pembentangan atau perlu menghantar E-mel sebelum berjumpa klien
- Mahukan persekitaran yang senyap untuk menjawab panggilan telefon atau menyertai persidangan Skype
- Menerima permintaan daripada klien yang baru sahaja tiba di bandar anda untuk berjumpa

Kami sangat memahami perkara yang sebenarnya tentang ahli perniagaan yang kerap melakukan perjalanan atas urusan kerja – ianya sukar untuk menjadi produktif semasa dalam perjalanan

Melalui Flow, anda boleh menempah ruang pejabat yang berdekatan pada waktu siang untuk tempoh beberapa jam hinggalah separuh hari dengan selesa, hanya dari tapak tangan anda. Dan ianya semudah beberapa klik sahaja.

Terdapat banyak sebab untuk menempah ruang pejabat seharian dengan Aplikasi Flow - sama ada anda mencari ruang peribadi sementara atau tempat selesa yang berdekatan untuk berehat dan mengecas semula tenaga anda antara 9 dan 5, Aplikasi Flow menawarkan hotel dan pengalaman bekerja alternatif kepada anda – hotel intrahari dan ruang kerja sedia digunakan untuk memenuhi semua kehendak anda.

Ciri-ciri kami:

- Tempah bilik hotel atau meja pejabat mengikut slot masa atau jam
- Pembayaran segera dan pengesahan dalam waktu sebenar menggunakan kad kredit 24/7
- Melengkapkan tempahan hanya dengan beberapa klik
- Hotel atau pejabat pada waktu siang yang berhampiran di daerah-daerah yang sibuk
- Maklumat dalam waktu sebenar mengenai ketersediaan dan harga

Muat turun Aplikasi Flow untuk penginapan singkat, flexistay, daycation dan percutian hujung minggu hari ini!

Suka kami di Facebook di https://www.facebook.com/flowhongkong
Ikut kami di Instagram di https://www.instagram.com/flowhk #flowhk

Anda mempunyai soalan? Hantarkan E-mel kepada kami di info@flowtheroom.com"
Dikemas kini pada
11 Apr 2024

Keselamatan data

Keselamatan bermula dengan memahami cara pembangun mengumpul dan berkongsi data anda. Amalan privasi dan keselamatan data mungkin berbeza-beza berdasarkan penggunaan, rantau dan umur anda. Pembangun memberikan maklumat ini dan mungkin mengemas kini maklumat dari semasa ke semasa.
Apl ini mungkin berkongsi jenis data ini dengan pihak ketiga
Maklumat peribadi dan Maklumat kewangan
Apl ini mungkin mengumpul jenis data ini
Maklumat peribadi, Aktiviti apl dan Maklumat dan prestasi apl
Data disulitkan dalam perjalanan
Anda boleh meminta data tersebut dipadamkan

Penilaian dan ulasan

4.4
2.55K ulasan
MOHD NAZRI MOHAMMAD NASIR
19 Ogos 2022
Terbaik
16 orang mendapati ulasan ini berguna
Adakah anda mendapati kandungan ini membantu?

Terbaharu

Terima kasih kerana memilih Flow! Kami sentiasa melakukan usaha yang berterusan untuk menjadikan Flow aplikasi yang lebih baik. Versi ini mengandungi ciri-ciri yang berikut dan pembaikan pepijat:
- Pembaikan Pepijat
- Pengoptimuman prestasi