Telegram

Pembelian dalam apl
4.1
13.8J ulasan
1B+
Muat turun
Rating kandungan
Bimbingan ibu bapa
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin

Perihal apl ini

Permesejan segera tulin - mudah, pantas, selamat, dan disegerakkan di semua peranti anda. Di antara aplikasi 10 teratas di dunia dengan lebih 800 juta pengguna aktif.

CEPAT: Telegram adalah aplikasi permesejan terpantas di pasaran, menghubungkan manusia melalui rangkaian pusat data yang unik dan ditaburkan di seluruh dunia.

DISEGERAKKAN: Anda dapat mengakses mesej anda dari semua fon, tablet dan komputer dalam masa yang sama. Aplikasi Telegram adalah berdikari, jadi anda tak perlu hubungkan ke fon anda. Mula menaip di salah satu peranti anda dan selesaikan di peranti lain anda. Anda tidak akan kehilangan data lagi.

TANPA BATAS: Anda boleh menghantar media dan fail, tanpa had pada jenis dan saiznya. Seluruh riwayat bual anda tidak memerlukan ruang disk pada peranti anda, dan akan disimpan dengan selamat di awan Telegram selama anda memerlukannya.

SELAMAT: Kami menjadikan misi kami untuk memberikan keselamatan terbaik yang digabungkan dengan kemudahan cara guna. Semua di Telegram, termasuk bual, grup, media, dan lain-lain disulitkan menggunakan gabungan penyulitan AES simetri 256-bit, penyulitan RSA 2048-bit, dan pertukaran kunci Diffie-Hellman yang selamat.

100% PERCUMA & TERBUKA: Telegram mempunyai API berdokumentasi secara percuma untuk juruprogram, aplikasi terbuka dan binaan yang boleh disemak untuk membuktikan aplikasi yang anda muat turun adalah dibina dari kod asal sama seperti yang diterbitkan.

HEBAT: Anda boleh membuat grup bual sehingga 200,000 ahli, berkongsi video besar, dokumen jenis apa sahaja (.DOCX, .MP3, .ZIP, dll.) sehingga 2 GB setiap satu, dan menyediakan bot untuk tugas tertentu. Ianya alat yang sempurna untuk menempatkan komuniti di talian dan menyelaraskan kerja berpasukan.

BOLEH DIPERCAYAI: Dicipta untuk menyampaikan mesej anda dalam bait minima yang mungkin, Telegram adalah sistem permesejan yang paling dipercayai yang pernah dicipta. Ia dapat berfungsi walaupun pada sambungan mudah alih yang paling lemah.

SERONOK: Telegram mempunyai alat penyuntingan foto dan video yang hebat, stiker beranimasi dan emoji, tema yang boleh disesuaikan untuk menukar paparan aplikasi anda, dan stiker / platform GIF terbuka untuk memenuhi semua keperluan ekspresif anda.

MUDAH: Walaupun menyediakan pelbagai ciri yang belum pernah dicipta sebelum ini, kami sangat berhati-hati untuk pastikan interfes yang sempurna. Telegram adalah sangat mudah, anda pasti sudah tahu cara menggunanya.

PERIBADI: Kami memandang serius privasi anda dan tidak akan memberi akses data anda kepada mana-mana pihak ketiga. Anda boleh hapus mana-mana mesej yang anda kirim atau terima untuk kedua pihak, pada bila-bila masa tanpa meninggalkan kesan. Telegram tak akan guna data anda untuk tunjuk anda sebarang iklan.

Bagi mereka yang berminat dengan privasi maksima, Telegram menawarkan Bual Rahsia. Mesej Bual Rahsia dapat diprogramkan untuk musnah sendiri secara automatik dari kedua-dua peranti yang mengambil bahagian. Dengan cara ini anda dapat mengirim semua jenis kandungan yang musnah sendiri - mesej, foto, video, dan fail. Bual Rahsia menggunakan inkripsi awal ke akhir untuk memastikan bahawa mesej hanya dapat dibaca oleh penerima yang sepatutnya.

Kami akan terus memperluas batasan yang dapat anda lakukan dengan aplikasi pemesejan. Jangan tunggu bertahun-tahun untuk mesenjer lama lain sampai ke tahap Telegram - sertai revolusi ini hari ini.
Dikemas kini pada
23 Apr 2024

Keselamatan data

Keselamatan bermula dengan memahami cara pembangun mengumpul dan berkongsi data anda. Amalan privasi dan keselamatan data mungkin berbeza-beza berdasarkan penggunaan, rantau dan umur anda. Pembangun memberikan maklumat ini dan mungkin mengemas kini maklumat dari semasa ke semasa.
Tiada data dikongsi dengan pihak ketiga
Ketahui lebih lanjut tentang cara pembangun mengisytiharkan perkongsian
Apl ini mungkin mengumpul jenis data ini
Lokasi, Maklumat peribadi dan 5 yang lain
Data disulitkan dalam perjalanan
Anda boleh meminta data tersebut dipadamkan

Penilaian dan ulasan

4.1
13.5J ulasan
naim khalil
26 April 2024
Tiba2 Loading msj tak boleh masuk. Bila install balik masukkan kod negara dgn no tel terus jammed. This is worse app ever 😡🤬
23 orang mendapati ulasan ini berguna
Adakah anda mendapati kandungan ini membantu?
Daidy purwanto Fuat rahman
29 April 2024
Ramai scammer guna telegram, langsung tak safety, tak boleh nak detact no. Please upgrade bg lagi safe telegram ni. Kalau tak nak buat safety jgn buat app telegram ni PLEASE DELETE YOUR TELEGRAM ITS NOT SAFETY.
14 orang mendapati ulasan ini berguna
Adakah anda mendapati kandungan ini membantu?
Mohd Zu
4 Mei 2024
Kenapa telegram saya hilang dan masuk balik kena ada password...sedangkan telegram saya mana pernah ada pasword...mcm mana cara nak buat ye
2 orang mendapati ulasan ini berguna
Adakah anda mendapati kandungan ini membantu?