Apl kecergasan senaman HIIT untuk membantu anda mencapai matlamat

Sama ada anda ingin membakar kalori, membina otot atau sekadar meningkatkan tahap kesihatan, apl HIIT (Latihan Berjeda Berkeamatan Tinggi) ini dapat membantu anda mencapai matlamat kecergasan anda dengan penggiliran senaman antara senaman yang lasak dengan tempoh waktu rehat yang singkat.
Nike Training Club
Nike, Inc.
4.4
373K ulasan
10J+
Muat turun
Rating kandungan
Semua orang
Dapatkan bimbingan daripada jurulatih Nike yang dipercayai bagi senaman HIIT yang mengambil masa 20 minit atau kurang. Rancang senaman anda lebih awal dengan penjadual terbina dalam supaya anda lebih cenderung untuk mencapai matlamat kecergasan anda. Ikut senaman dalam video supaya anda tidak terlepas sebarang pergerakan.
adidas Running: Run Tracker
Adidas Runtastic
Mengandungi iklanPembelian dalam apl
4.6
1.64J ulasan
50J+
Muat turun
Rating kandungan
Semua orang
Sesuaikan senaman HIIT dengan rutin dan matlamat kecergasan semasa anda atau pilih pelan yang telah disediakan dan disesuaikan dengan kategori seperti jenis senaman, peralatan yang anda miliki atau kekangan masa. Anda juga boleh menyediakan pelan senaman yang memfokuskan anggota badan tertentu. Jejaki statistik seperti kalori yang dibakar dan senaman yang telah dilakukan, serta muat naik gambar kemajuan supaya anda kekal bermotivasi.
Seven - 7 Minute Workout
Perigee AB
Pembelian dalam apl
4.6
117K ulasan
10J+
Muat turun
Rating kandungan
Semua orang
Jika anda kesuntukan masa, hanya luangkan masa 7 minit sehari untuk melakukan senaman HIIT dengan senaman tanpa peralatan menggunakan apl Seven. Anda akan mendapat pelan senaman harian dan anda boleh memilih pengajar seperti “Drill Sergeant” atau “Cheerleader” untuk mendorong anda sepanjang sesi itu. Anda juga boleh membina rutin dengan senaman kegemaran anda atau menyambungkan peranti Wear OS anda untuk menyegerakkan senaman anda.
Freeletics: Fitness Workouts
Freeletics
Mengandungi iklanPembelian dalam apl
4.2
257K ulasan
10J+
Muat turun
Rating kandungan
Semua orang
Jawab beberapa soalan asas tentang matlamat kecergasan, pengalaman dan jenis senaman kegemaran anda untuk melihat rutin dan senaman HIIT yang diperibadikan. Tingkatkan langganan untuk mendapatkan penyesuaian lanjut, seperti hari senaman pilihan, peralatan yang tersedia dan sesi bersenam tanpa gangguan bunyi. Jejaki kemajuan anda dan kongsi pencapaian anda dengan komuniti Freeletics.
Peloton - Fitness & Workouts
Peloton Interactive, Inc
Pembelian dalam apl
4.1
14.8K ulasan
1J+
Muat turun
Rating kandungan
Remaja
Peloton bukan sahaja terkenal dengan pengeluaran basikal mereka, malahan semangat mereka terhadap semua jenis kecergasan. Lihat bahagian senaman HIIT lasak yang boleh dilakukan pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja dan tanpa peralatan khas. Sertai kelas langsung yang diajar oleh pengajar kegemaran atau tapis kelas berdasarkan pilihan tempoh, bahasa dan muzik. Pastikan anda menjadualkan, menyusun dan menandai kelas untuk membina rutin senaman anda sendiri.
Asana Rebel: Get in Shape
Asana Rebel
Pembelian dalam apl
4.1
80.7K ulasan
5J+
Muat turun
Rating kandungan
Semua orang
Bergerak cergas dengan senaman HIIT berinspirasikan yoga yang direka bentuk untuk disesuaikan dengan gaya hidup anda tanpa mengira matlamat kecergasan anda. Langgan untuk mengakses kelas dan menyertai cabaran, serta menapis senaman mengikut tahap untuk membolehkan anda mengawal keamatan senaman anda. Tambahan pula, kandungan baharu akan ditambahkan secara tetap untuk sentiasa menampilkan senaman yang terkini dan menarik kepada anda.