Kawalan ibu bapa Family Link

1.6
354K ulasan
50J+
Muat turun
Rating kandungan
Semua orang
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin

Perihal apl ini

Kawalan ibu bapa Family Link ialah apl rakan kepada Family Link untuk ibu bapa. Muat turun apl ini pada peranti yang digunakan oleh kanak-kanak atau remaja.

Cuba apl kawalan ibu bapa Family Link daripada Google. Anda boleh menetapkan peraturan asas digital pada apl Family Link dalam peranti anda untuk panduan belajar, bermain, atau meneroka dalam talian anak anda yang remaja atau lebih muda. Bagi kanak-kanak berumur bawah 13 (atau had cukup umur yang diterima di negara anda), Family Link membolehkan anda membuat Google Account untuk anak anda yang sama seperti akaun anda, dengan akses kepada kebanyakan perkhidmatan Google.


Kawalan ibu bapa Family Link membolehkan anda:

Membimbing mereka kepada kandungan yang baik

• Melihat aktiviti mereka - Tidak semua masa skrin sama. Bantu anak anda membuat keputusan yang sihat tentang aktiviti yang dilakukan pada peranti Android mereka, dengan laporan aktiviti yang menunjukkan jumlah masa yang diluangkan pada apl kegemaran mereka. Anda boleh melihat laporan harian, mingguan atau bulanan.
• Urus apl mereka - Pemberitahuan berguna membolehkan anda meluluskan atau menyekat apl yang ingin dimuat turun oleh anak anda daripada Google Play Store. Anda juga boleh mengurus pembelian dalam apl dan menyembunyikan apl tertentu pada peranti mereka, semuanya secara jauh melalui peranti anda sendiri.
• Penuhi naluri ingin tahu mereka - Kadangkala memang sukar untuk menentukan apl yang sesuai untuk anak anda. Oleh sebab itu, Family Link menunjukkan apl Android yang disyorkan oleh guru, yang boleh ditambahkan pada peranti mereka.


Awasi masa skrin

• Tetapkan had - Terpulang kepada anda untuk menentukan had masa skrin yang sesuai untuk anak anda. Family Link membolehkan anda menetapkan had masa dan waktu tidur untuk peranti di bawah pengawasan untuk membantu mereka mengimbangi aktiviti mereka dengan baik.
• Kunci peranti mereka - Sama ada tiba waktu untuk bermain di luar, makan malam atau sekadar menghabiskan masa bersama keluarga, anda boleh mengunci peranti yang diawasi dari jauh apabila tiba masanya untuk berehat sebentar.


Ketahui lokasi mereka

• Anda mungkin ingin mengetahui lokasi anak anda semasa mereka dalam perjalanan. Anda boleh menggunakan Family Link untuk mengesan lokasi mereka, asalkan mereka membawa peranti Android mereka.


Maklumat Penting

• Alatan Family Link berbeza-beza bergantung pada peranti anak anda. Lihat senarai peranti yang serasi pada families.google.com/familylink/setup
• Walaupun Family Link membantu anda mengurus pembelian dan muat turun anak anda daripada Google Play, mereka tidak memerlukan kelulusan untuk memasang kemaskinian apl (termasuk kemaskinian yang menambah kebenaran), apl yang telah diluluskan sebelum ini atau apl yang telah dikongsi dalam Pustaka Keluarga. Ibu bapa harus kerap menyemak apl yang dipasang dan kebenaran apl anak mereka dalam Family Link.
• Anda harus meneliti apl pada peranti di bawah pengawasan milik anak anda dan melumpuhkan apl yang anda tidak mahu digunakan oleh mereka. Sila ambil perhatian bahawa anda mungkin tidak dapat melumpuhkan sesetengah apl prapasang.
• Untuk melihat lokasi peranti anak kecil atau anak remaja anda, peranti tersebut mestilah dihidupkan, aktif baru-baru ini dan disambungkan kepada Internet.
• Apl yang disyorkan guru hanya tersedia pada peranti Android di AS untuk ibu bapa kepada kanak-kanak dalam lingkungan umur tertentu.
• Walaupun Family Link menyediakan alatan untuk mengurus pengalaman dalam talian anak anda, apl itu tidak menjadikan Internet selamat. Sebaliknya, apl itu bertujuan untuk memberi ibu bapa pilihan tentang cara anak mereka menggunakan Internet dan menggalakkan perbualan tentang penggunaan Internet.
Dikemas kini pada
10 Jul 2023

Keselamatan data

Keselamatan bermula dengan memahami cara pembangun mengumpul dan berkongsi data anda. Amalan privasi dan keselamatan data mungkin berbeza-beza berdasarkan penggunaan, rantau dan umur anda. Pembangun memberikan maklumat ini dan mungkin mengemas kini maklumat dari semasa ke semasa.
Tiada data dikongsi dengan pihak ketiga
Ketahui lebih lanjut tentang cara pembangun mengisytiharkan perkongsian
Apl ini mungkin mengumpul jenis data ini
Maklumat peribadi, Aktiviti apl dan 2 yang lain
Data disulitkan dalam perjalanan
Anda boleh meminta data tersebut dipadamkan

Penilaian dan ulasan

1.5
325K ulasan
Sharenny
14 November 2023
Walawei,aku terbalik aku gi kawal pon mak bapa aku😈🗿
55 orang mendapati ulasan ini berguna
Adakah anda mendapati kandungan ini membantu?
Syaza Hafizal
18 April 2024
Aplikasi paling tak suka
11 orang mendapati ulasan ini berguna
Adakah anda mendapati kandungan ini membantu?
Aidit Faruq
29 Januari 2024
Kesian kepada anak anda
32 orang mendapati ulasan ini berguna
Adakah anda mendapati kandungan ini membantu?

Terbaharu

Beberapa peningkatan kestabilan dan pembetulan pepijat.