Google Kids Space

3.7
3.27K ulasan
10J+
Muat turun
Teacher Approved
Rating kandungan
Semua orang
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin

Perihal apl ini

Google Kids Space ialah pengalaman tablet yang menawarkan skrin utama tersuai dan pustaka kandungan berkualiti untuk kanak-kanak berumur bawah 9 tahun. Kanak-kanak mempunyai keupayaan untuk menyesuaikan pengalaman mereka menggunakan avatar unik dan menerima syor kandungan berdasarkan minat mereka, manakala ibu bapa boleh menetapkan batasan menggunakan kawalan ibu bapa.

Anak anda memerlukan Google Account dan peranti Android yang serasi untuk menggunakan Google Kids Space.


Apl dan permainan Teacher Approved
Google Kids Space disertakan dengan apl dan permainan daripada Google Play yang telah diluluskan oleh guru, serta pakar pendidikan dan media kanak-kanak. Apl Teacher Approved bersesuaian dengan umur, direka bentuk dengan teliti dan menyeronokkan atau memberikan inspirasi.

Untuk ibu bapa yang mahukan kefleksibelan selain syor Google Kids Space, anda boleh menambahkan lebih banyak kandungan daripada Google Play Store melalui menu ibu bapa.

Buku yang dipilih sendiri oleh pakar buku kanak-kanak
Katalog daripada Play Books telah dipilih susun dengan teliti untuk mencetuskan minat membaca. Dengan tajuk dan watak menarik yang akan anda kenali, terdapat buku klasik dan cerita baharu yang meliputi topik daripada trak kepada balet. Kanak-kanak boleh menemukan minat baharu atau membaca semula sesetengah cerita kegemaran mereka berulang kali.

Video yang disyorkan dengan kandungan diperkaya
Kanak-kanak boleh mendapatkan inspirasi untuk mencipta, menerokai dan berlatih kemahiran mereka melalui video yang disyorkan daripada YouTube Kids yang mencetuskan kreativiti dan permainan yang praktikal. Mereka akan menemukan video tentang semua perkara daripada aktiviti melukis yang mudah kepada projek sains yang bukan-bukan. Sama ada mereka mahu belajar, menyanyi atau ketawa, kanak-kanak boleh menerokai pelbagai video tentang topik dan watak yang disukai mereka.

Direka bentuk untuk mencetuskan rasa ingin tahu kanak-kanak
Kanak-kanak akan menjadi pakar cilik tentang perkara yang digemari mereka, tidak kira sama ada haiwan atau projek seni. Google Kids Space direka bentuk untuk membantu mereka menerokai minat mereka yang terbaharu dan belajar lebih lanjut, melalui cara yang baharu dan interaktif. Kanak-kanak juga boleh menyesuaikan pengalaman mereka dengan menghasilkan watak mereka sendiri yang akan dilihat pada skrin semasa mereka log masuk.

Tetapkan batasan menggunakan kawalan ibu bapa
Dengan kawalan ibu bapa dalam apl Family Link daripada Google, anda boleh membimbing pengalaman anak anda dengan mengurus kandungan daripada Google Play, menetapkan had masa skrin dan pelbagai lagi, semuanya daripada peranti anda sendiri.

Maklumat penting
Google Kids Space menggantikan skrin utama tablet anak anda dengan pengalaman yang membantu kanak-kanak menyusun kandungan yang mereka tahu dan sukai dalam tab untuk apl dan permainan, serta video dan buku. Google Kids Space boleh dimatikan pada bila-bila masa daripada menu ibu bapa.

Anak anda memerlukan Google Account untuk menggunakan Google Kids Space. Kawalan ibu bapa memerlukan apl Family Link pada peranti Android, Chromebook atau iOS yang disokong. Ketersediaan ciri mungkin berbeza-beza mengikut rantau. Google Kids Space tersedia untuk tablet Android yang terpilih. Google Assistant tidak tersedia dalam Google Kids Space.

Buku dan kandungan video mungkin tidak tersedia di semua rantau. Kandungan video tertakluk pada ketersediaan apl YouTube Kids. Kandungan buku memerlukan apl Play Books. Ketersediaan apl, buku dan kandungan video boleh berubah tanpa notis.
Dikemas kini pada
1 Jul 2024

Keselamatan data

Keselamatan bermula dengan memahami cara pembangun mengumpul dan berkongsi data anda. Amalan privasi dan keselamatan data mungkin berbeza-beza berdasarkan penggunaan, rantau dan umur anda. Pembangun memberikan maklumat ini dan mungkin mengemas kini maklumat dari semasa ke semasa.
Tiada data dikongsi dengan pihak ketiga
Ketahui lebih lanjut tentang cara pembangun mengisytiharkan perkongsian
Apl ini mungkin mengumpul jenis data ini
Maklumat peribadi, Maklumat kewangan dan 3 yang lain
Data disulitkan dalam perjalanan
Anda boleh meminta data tersebut dipadamkan
Komited untuk mengikuti Dasar Keluarga Play
Semakan keselamatan bebas

Penilaian dan ulasan

3.5
422 ulasan

Terbaharu

Beberapa pembetulan pepijat dan peningkatan kestabilan.