Lihat gambaran lengkap tentang tabiat digital anda dan putuskan sambungan apabila anda mahu.
Dapatkan paparan harian tentang tabiat digital anda:
• Kekerapan anda menggunakan pelbagai apl
• Bilangan pemberitahuan yang anda terima
• Kekerapan anda menyemak telefon atau membuka kunci peranti anda
Putuskan sambungan apabila anda mahu:
• Pemasa apl harian membolehkan anda menetapkan had bagi tempoh penggunaan apl.
• Mod waktu tidur mengingatkan anda supaya mematikan peranti pada sebelah malam, menetapkan jadual untuk memudarkan skrin anda kepada Skala Kelabu sementara ciri Jangan Ganggu pula menyenyapkan pemberitahuan supaya anda dapat tidur dengan lena.
• Mod fokus membolehkan anda menjeda apl yang mengganggu dengan satu ketikan supaya anda dapat memfokus masa anda dengan lebih baik. Anda juga boleh menetapkan jadual untuk menghidupkan mod Fokus secara automatik dan mengurangkan gangguan semasa anda berada di tempat kerja, sekolah atau rumah.
Mulakan:
• Cari Kesejahteraan Digital dalam menu Tetapan telefon anda
Ada pertanyaan? Lihat Pusat Bantuan: https://support.google.com/android/answer/9346420
Dikemas kini pada
21 Okt 2024