Setel Lite: Pengisian Mudah

50K+
Muat turun
Rating kandungan
Semua orang
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin

Perihal apl ini

Setel Lite ialah versi yang lebih ringan berbanding Setel, yang direka khas untuk telefon bimbit lama, sambungan internet yang perlahan, serta warga emas yang mahukan cara mudah untuk menikmati kemudahan mengisi minyak dengan Setel. Dengan Setel Lite, anda tetap boleh mengakses manfaat BUDI MADANI RON95 @ RM1.99, menjadikan petrol mampu milik lebih mudah diakses dan dinikmati oleh semua rakyat Malaysia.

Aplikasi ini bersaiz kecil, mesra data mudah alih, dan mudah digunakan dengan tulisan serta butang fungsi yang lebih besar untuk paparan yang lebih jelas. Hanya sahkan akaun anda sekali menggunakan MyKad, kemudian tekan ikon RON95 @ RM1.99 untuk menikmati pengisian minyak yang lancar di PETRONAS tanpa perlu menggunakan MyKad setiap kali dan tanpa meninggalkan kenderaan. Tekan, aktifkan, isi minyak di pam, dan selesai.

Selain pengisian minyak, Setel Lite juga membolehkan anda mengumpul dan menebus mata ganjaran Mesra Rewards, menambah nilai Setel Wallet melalui pelbagai saluran, berkongsi pembayaran dengan ahli keluarga menggunakan Family Wallet, serta menyemak resit digital serta-merta. Semua yang anda perlukan, kini lebih ringkas dan padat untuk telefon anda. Kenapa perlu tunggu kalau boleh #Setelje! sekarang?

Muat turun Setel Lite hari ini. Aplikasi ringkas dan mudah digunakan yang menjadikan BUDI95 dan pengisian minyak harian lebih mudah, pantas, dan berbaloi.

Untuk maklumat lanjut mengenai Setel Lite, layari http://www.setel.com/features/setel-lite .
Untuk butiran lanjut mengenai BUDI95, layari http://www.budimadani.gov.my.
Ada soalan atau perlukan banyuan? Layari http://help.setel.com.
Dikemas kini pada
10 Feb 2026

Keselamatan data

Keselamatan bermula dengan memahami cara pembangun mengumpul dan berkongsi data anda. Amalan privasi dan keselamatan data mungkin berbeza-beza berdasarkan penggunaan, rantau dan umur anda. Pembangun memberikan maklumat ini dan mungkin mengemaskinikan maklumat dari semasa ke semasa.
Tiada data dikongsi dengan pihak ketiga
Ketahui lebih lanjut tentang cara pembangun mengisytiharkan perkongsian
Apl ini mungkin mengumpul jenis data ini
Lokasi, Maklumat peribadi dan 5 yang lain
Data disulitkan semasa dalam perjalanan
Anda boleh meminta data dipadamkan

Perkara baharu

Pergi berjalan cuti hujung minggu ini? 🚗💨

Pastikan perjalanan anda tenang. Dengan Setel, bantuan sentiasa dekat:
- Mohon bantuan kereta untuk renjat bateri, tunda, atau minyak kecemasan.
- Baharui insuran & takaful kenderaan serta-merta.

Kami jaga anda. Selamat memandu!