Google Home

4.4
2.71J ulasan
500J+
Muat turun
Rating kandungan
Dinilai untuk 3+
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin

Perihal apl ini

Sediakan, urus dan kawal peranti Google Nest, Google Wifi, Google Home, dan Chromecast anda, serta ribuan produk kediaman yang bersambung yang serasi seperti lampu, kamera, termostat dan pelbagai lagi – semuanya daripada apl Google Home.

Hidupkan lampu, laraskan termostat atau dapatkan makluman apabila terdapat orang atau bungkusan di pintu rumah anda. Google Home pada Wear OS akan tersedia sebagai pratonton sementara kami terus menambahkan kawalan dan peningkatan.

Satu paparan untuk seluruh rumah anda.
Tab Rumah memberi anda pintasan untuk perkara yang paling kerap anda lakukan, seperti memainkan muzik atau memalapkan lampu apabila anda hendak menonton filem. Kawal semuanya dengan hanya satu atau dua ketikan – dan lakukan apa-apa yang ingin anda lakukan dengan lebih cepat. Tab Suapan menyerlahkan peristiwa penting di rumah anda pada satu tempat. Anda juga dapat menemukan cara memanfaatkan peranti anda sebaik-baiknya dan meningkatkan persediaan rumah anda di sini.

Buat Rutin yang membolehkan anda menghidupkan lampu yang serasi, menyemak cuaca, memainkan berita dan pelbagai lagi dengan satu perintah yang mudah.

Lihat semua strim audio dan video aktif pada semua peranti rumah anda yang serasi pada satu tempat, tukar kelantangan, langkau kepada runut seterusnya atau tukar pembesar suara yang memainkan audio dengan pantas.

Fahami perkara yang berlaku di rumah dengan sekilas pandang.
Apl Google Home direka bentuk untuk menunjukkan status rumah anda kepada anda dan memastikan anda mengetahui perkara terkini yang anda mungkin terlepas pandang. Semak perkara tentang rumah anda pada bila-bila masa dan lihat ringkasan peristiwa terbaharu. Anda juga boleh mendapatkan pemberitahuan jika sesuatu perkara penting berlaku semasa anda tiada di rumah.

Sediakan Nest Wifi dan Google Wifi anda dalam masa beberapa minit menggunakan apl Google Home. Jalankan ujian kelajuan, sediakan rangkaian tetamu dan kongsi kata laluan Wi-Fi anda dengan mudah bersama keluarga dan rakan. Gunakan kawalan ibu bapa seperti jeda Wi-Fi untuk mengurus masa dalam talian bagi anak anda. Utamakan trafik persidangan video dan permainan secara automatik pada semua peranti atau tentukan peranti yang ingin diutamakan untuk semua jenis trafik. Dapatkan lagi cerapan tentang rangkaian anda, sama ada pemberitahuan apabila peranti baharu menyertai rangkaian anda atau cerapan terperinci untuk menyelesaikan masalah sambungan Internet yang teruk.

Rumah yang membantu ialah rumah peribadi.
Perlindungan privasi anda bermula dengan salah satu infrastruktur keselamatan tercanggih di dunia, yang kami bina terus dalam produk Google supaya produk itu terjamin secara lalai. Keselamatan terbina dalam Google Account anda mengesan dan menyekat ancaman secara automatik sebelum sampai kepada anda supaya maklumat peribadi anda sentiasa selamat.

Kami membina alatan privasi yang memastikan kawalan di tangan anda.
Kawal aktiviti, tetapan privasi, maklumat dan pilihan peribadi Google Assistant anda. Lihat aktiviti anda, padamkan aktiviti secara manual atau pilih untuk mematikan aktiviti secara automatik. Kawal privasi anda pada Google Assistant dengan suara anda. Tanya soalan seperti “Where can I change my privacy settings?” untuk mendapatkan jawapan kepada soalan privasi dan keselamatan yang paling lazim.

Lawati Pusat Keselamatan Google Nest pada safety.google/nest untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara kami melindungi maklumat anda dan menghormati privasi anda.

* Sesetengah produk dan ciri mungkin tidak tersedia di semua rantau. Peranti yang serasi diperlukan.
Dikemas kini pada
29 Apr 2024

Keselamatan data

Keselamatan bermula dengan memahami cara pembangun mengumpul dan berkongsi data anda. Amalan privasi dan keselamatan data mungkin berbeza-beza berdasarkan penggunaan, rantau dan umur anda. Pembangun memberikan maklumat ini dan mungkin mengemas kini maklumat dari semasa ke semasa.
Tiada data dikongsi dengan pihak ketiga
Ketahui lebih lanjut tentang cara pembangun mengisytiharkan perkongsian
Apl ini mungkin mengumpul jenis data ini
Lokasi, Maklumat peribadi dan 6 yang lain
Data disulitkan dalam perjalanan
Anda boleh meminta data tersebut dipadamkan
Semakan keselamatan bebas

Penilaian dan ulasan

4.4
2.57J ulasan
Zurina Zurina
2 Mei 2024
Terbaik
1 orang mendapati ulasan ini berguna
Dahliana Muhammad sabi
5 Mei 2024
ok
Ibrahim “Baim” Azizan
15 April 2024
terbaik dan mudah.
5 orang mendapati ulasan ini berguna

Terbaharu

Baharu dalam kemaskinian ini:
Pembetulan pepijat dan peningkatan